Saturday, 9 June 2018

*Kuliah Subuh* *Sabtu 9 Jun 2018* *24 Ramadan 1439*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 9 Jun 2018*
*24 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haris Bain*
*Pengajaran Daripada Lebah*

Alhamdulillah, kita dapat bersama, hari ini 24 Ramadan & malam ini malam 25 Ramadan

"Orang beriman itu umpama lebah"

1. Memakan benda yang baik
2. Mengeluarkan yang baik (madu)
3. Apabila ia hinggap, tidak patahkan / rosakkan bunga

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
-Sura An-Nahl, Ayah 68

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
-Sura An-Nahl, Ayah 69

4. Agen pendebungaan (hingga menumbuhkan pokok lain)
5. Sarangnya tinggi & tidak akan ganggu orang lain
6. Tekun & gigih dengan kerja yang dilakukan
7. Akan lawan / pertahankan apabila diganggu / diserang
8. Suka dengan kerja berkelompok / berkerjasama / berjemaah
9. Hidup dengan senyap, tenang, tiada promosi, tiada provakasi.

"Jika ditangan kamu ada biji benih & kiamat depan mata, maka tanam biji benih itu dahulu & kamu akan dapat pahala sedekah" = tangungjawab perlu ditunaikan


*Pengajaran*
1. Memakan benda yang baik = rezeki yang halal & bersih (halalan tayiban)
2. Mengeluarkan yang baik (madu) = berikan manfaat kepada orang lain / masyarakat
3. Apabila ia hinggap, tidak patahkan / rosakkan bunga = tidak melakukan sebarang kerosakan
4. Agen pendebungaan (hingga menumbuhkan pokok lain) = jadi manfaat bagi orang lain
5. Sarangnya tinggi & tidak akan ganggu orang lain  = hidup dengan rukun & tidak ganggu kehidupan orang
6. Tekun & gigih dengan kerja yang dilakukan
7. Akan lawan / pertahankan apabila diganggu / diserang
8. Suka dengan kerja berkelompok / berkerjasama / berjemaah
9. Hidup dengan senyap, tenang, tiada promosi, tiada provakasi = tidak terlibat dengan sesuatu yang sia-sia

"Orang mukmin itu sumber rezekinya baik, perbelanjaannya baik, percakapannya baik, perlakuannya baik, makan minumnya baik, pakaiannya baik, kehidupannya baik, kematian & kesudahannya baik"


Az Zumar 73
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -
-Sura Az-Zumar, Ayah 73

10. Apabila nampak sesuatu situasi, dia akan perbaikinya agar menjadi lebih baik & lebih cantik

11. Pergerakan harian tidak mengganggu / menyusahkan orang lain = orang lain mendapat faedah daripada kehidupannya

12. Orang mukmin sentiasa tenang dalam kehidupannya. Apabila dia jumpa orang yang baik & berilmu, dia akan turut serta

Sesungguhnya orang mukmin itu setiap harinya berperlakuan positif, dia akan memberikan manfaat kepada orang lain. Apabila memberikan pandangan, ianya akan bermanfaat, banyak faedah akan diperolehi daripadanya

Sama-sama kita usaha agar kita menjadi orang mukmin yang baik, yang memberikan manfaat kepada kehidupan kita, orang lain & diberikan kesudahan yang baik di dunia & akhirat insyaAllah






No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat