Sunday, 10 June 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 10 Jun 2018* *25 Ramadan 1439*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 10 Jun 2018*
*25 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Rashidy*

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini 25 Ramadan. 4 malam sahaja lagi berbaki terawih tahun ini. Jumaat nanti kita akan menyambut edulfitri = hari kemenangan = hari kembali kepada fitrah

*Amalan di kemuncak akhir Ramadan & awal edulfitri*

1. Lagi hujung Ramadan, lagi banyakkan ibadah = tingkatkan amal ibadah.

Saidina Umar RA siang ibarat singa, malam seperti tikus = bertawaduk kepada Allah. Sahabat beribadah sehingga burung boleh hinggap kerana khusyuknya mereka

2. 29 / 30 Ramadan = malam edulfitri, bertakbirlah, dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga ke solat edulfitri. Zakat fitrah jangan dilupakan. Seeloknya bayar awal

Takbir digalakkan diri kita sendiri yang bertakbir = lelaki kuatkan, perempuan perlahan

3. Mandi sunat edulfitri

4. Makan sedikit juadah sebelum solat edulfitri = bagi membezakan dengan Ramadan

5. Laluan berbeza pergi & balik = berjumpa dengan pelbagai jiran / masyarakat

6. Berpakaian cantik, bersih, sopan, menutup aurat & tidak berlebihan

7. Solat sunat edulfitri. Solat 2 rakaat & bacaan 2 khutbah.

8. Bermaafan antara satu hari lain; ahli keluarga, jiran, sahabat dll

9. Duit bersedekah

10. Ziarah menziarahi antara satu sama lain; saudara mara, jiran, sahabat. Eratkan silaturrahim & jauhkan gajet

11. 30 hari Ramadan = banyak kenangan manis. Ramadan = membakar / mendidik nafsu. Moga Syawal, nafsu kita terdidik sepertimana Ramadan

12. Puasa sunat 6 hari Syawal. Sesiapa yang puasa Ramadan, disertai dengan 6 hari Syawal menyamai pahala 1 tahun puasa

13. Jauhi sifat buruk; membazir makanan, wang dll

14. Ziarah kubur diharuskan. Tidak semestinya hari pertama. Bila-bila masa boleh ziarah. Jika boleh bawa keluarga & bagi peringatan bahawa inilah juga destinasi kita

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 185

15. Bermaafan, bersalaman saudara mara. Jaga batas aurat & batas bersalaman

16. Berhati-hati di jalan raya. Kunci semua pintu, tutup lampu, kipas. Buka lampu belakang rumah & amalkan 5 amalan dibawah

a. 3 kali, bismillahi tawakkaltu alallah
b. Syahadah
c. Selawat
d. Ayat kursi
e. Yasin: ayat 9

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
-Sura Ya-Seen, Ayah 9

Manfaatkan akhir Ramadan ini dengan amal ibadah, moga kita dipertemukan di jannah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat