Thursday, 24 October 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 181)* *24 Oct 2019 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 181)*
*24 Oct 2019 9.40pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Al Baqarah 2: 102

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102

*******

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ

*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

وَ = dan

ٱتَّبَعُواْ = إِِتَّبَعُواْ
= telah mengikut oleh mereka

مَا = apa yang = (sihir)

تَتۡلُواْ = dibacakan
= تِلَاوَة = tilawah / dibacakan

ٱلشَّيَٰطِينُ = syaitan-syaitan

عَلَىٰ = sewaktu / semasa / ketika

مُلۡكِ = kerajaan

سُلَيۡمَٰنَۖ
= (Nabi) Sulaiman

وَ = padahal

مَا = tidak (pernah)

كَفَرَ = kufur / ingkar
= (tidak pernah belajar sihir)
sihir = kekufuran

سُلَيۡمَٰنُ
= (Nabi) Sulaiman

وَلَٰكِنَّ = وَ + لَٰكِنَّ = akan tetapi

ٱلشَّيَٰطِينَ = syaitan-syaitan (lah)

كَفَرُواْ = telah kufur mereka

يُعَلِّمُونَ = mereka mengajarkan
علم = ilmu

ٱلنَّاسَ
= (kepada) manusia itu = (Yahudi)

ٱلسِّحۡرَ = sihir

وَ = dan

مَآ = apa yang

أُنزِلَ = telah diturunkan

عَلَى = ke atas

ٱلۡمَلَكَيۡنِ = dua malaikat itu

بِ = فِي = di

بَابِلَ = Babylon (di Iraq)

هَٰرُوتَ = Harut

وَ = dan

مَٰرُوتَۚ = Marut

Maqasid Al Baqarah pada 27 October 2019 akan diperincikan lagi dengan lebih jelas insyaAllah, dijemput semua datang

**********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.22pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 205 Ingat Mati*

Dunia = keadaan
Ilmu dunia = ilmu mengurus aktiviti
Kehidupan = menjalankan aktiviti

Ilmu kepimpinan = alhidayah = ilmu masa depan = ilmu Al Quran

10.36pm ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat