Saturday, 26 October 2019

*Kuliah Subuh* *Sabtu 26 October 2019* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Khairul Anuar* *Asmaul Husna*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 26 October  2019*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Khairul Anuar*
*Asmaul  Husna*

Alhamdulillah syukur pada  Allah atas nikmat kehidupan untuk hari keseterusnya, nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah kepada kita & paling utama dipilih kita dikalangan hambaNya untuk solat subuh secara berjamaah & berada dalam majlis ilmu

Mudah-mudahan & kita berdoa moga ia menjadi amal soleh, memberatkan timbangan amal kita & menjadi asbab untuk kita dapat pengampunan & rahmat Allah & seterusnya diizin menghuni syurgaNya insyaAllah

Asmaul Husna, agar kita = cinta, takut, harap & malu hanya kepada Allah

Ringan atau berat kehidupan kita ini bergantung kepada 3 perkara:

1. Ke mana fokus hidup kita? = Fokus akhirat, hidup dunia kita akan jadi ringan & mudah

2. Siapa kita berharap? Harap pada manusia kita akan rasa berat. Berharap & bergantung pada Allah, Allah Maha Berkuasa & Maha Kaya. Apa yang Allah beri adalah yang terbaik untuk kita. Rintangan & dugaan kehidupan akan jadi ringan apabila harapan kita disandarkan kepada Allah

3. Siapa yang membantu kita? Allah bantu hidup kita akan jadi mudah

Istiqamah ada 3:
Sebelum amalan
Semasa amalan
Selepas amalan

Taufik Allah itu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan pada kita. Dengan taufik Allah kita dapat lakukan ketaatan & amal soleh

*Asmaul Husna*

*84. Malikulmulk*
Malik = malaka = Yang Memiliki
Malik = 1. Pemilik
Malaka = Yang Menguasai
Malik = 2. Penguasa

Pemilik / Penguasa = berkuasa penuh atas barang yang dimilikinya

Allah Pemilik alam ini keseluruhannya = berkuasa penuh = kita yang hidup dibawah kekuasaan Allah perlu ikut panduan & peraturan Allah sepenuhnya

Almulk = 1. Kerajaan = suatu pihak yang berkuasa yang menguruskan suatu kerajaan = 2. Kekuasaan

Malikulmulk =
1. Allah pemilik segala kerajaan yang ada
2. Allah penguasa segala kerajaan yang ada

مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
-Sura Al-Fatihah, Ayah 4

وَلِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 189

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura At-Taghabun, Ayah 1

وَهُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّۖ وَيَوۡمَ يَقُولُ كُن فَيَكُونُۚ قَوۡلُهُ ٱلۡحَقُّۚ وَلَهُ ٱلۡمُلۡكُ يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِۚ عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡخَبِيرُ
Dan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: "Jadilah", lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Ia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
-Sura Al-An'am, Ayah 73

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 26

Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan = Segala keputusan / kurniaan Allah adanya kebaikan walaupun kadang kita tak faham kerana kecetakan ilmu & pengetahuan kita

Kerajaan / kekuasaan yang diberikan oleh Allah bukan bermakna seseorang itu mulia = contohnya Firaun = penerima kuasa perlu rasa takut. Takut jadi asbab kehinaan disisi Allah.

Kuasa adalah amanah = samaada jadikan kita mulia / hina disisi Allah

Bumi ini akhirnya akan dikuasai oleh orang saleh = akhir zaman yang akan diketuai oleh AlMahdi

Allah Berkuasa Penuh beri syafaat / pengampunan kepada hambaNya

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
-Sura Al-Baqarah, Ayah 255

وَأَنذِرۡ بِهِ ٱلَّذِينَ يَخَافُونَ أَن يُحۡشَرُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ لَيۡسَ لَهُم مِّن دُونِهِۦ وَلِيّٞ وَلَا شَفِيعٞ لَّعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ
Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) *tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.*
-Sura Al-An'am, Ayah 51

لَّا يَمۡلِكُونَ ٱلشَّفَٰعَةَ إِلَّا مَنِ ٱتَّخَذَ عِندَ ٱلرَّحۡمَٰنِ عَهۡدٗا
*Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.*
-Sura Maryam, Ayah 87

Rakan baik yang tidak ketemu rakannya di syurga akan doa pada Allah agar dipertemu & dimasukkan ke syurga. Begitu juga dengan suami/isteri/ibu/ayah/anak = Pilih rakan & didik ahli keluarga kita agar berkasih sayang kerana Allah = anak kecil yang meninggal juga akan cari ibuayahnya di akhirat kelak & akan pegang tangan ibuayahnya agar masuk syurga bersamanya

Kita boleh bantu saudara-saudara kita di akhirat. Keputusan akhir milik Allah = syafaat

Amalan Malikulmulk
*Ya Malikalmulk* =
Khaifiat:
1. Dipandang mulia = kita iktiraf Allah Yang Maha Mulia. Niat kemuliaan kita untuk apa? = agar lebih senang sebarkan Islam & lebih mudah dekatkan orang ramai kepada Allah

Berhati-hati dengan penyakit orang elit / orang yang ada kelebihan = 1.ujub, 2.takabur & 3.riak

Sambungan 85. Zuljalaliwalikram

Yang baik & sempurna milik Allah. Moga Allah ampunkan kita semua

7.03am ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat