Wednesday, 12 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (2) Keutamaan Mekah

Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan akan terasa lebih lazat dan nikmat bila kita tahu kelebihan dan keutamaannya. Jadi sebelum berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah, adalah lebih baik kita tahu apakah kelebihan dua kota suci Islam ini berdasarkan dalil ayat Quran dan Hadis Nabi SAW.

Mekah adalah tanah haram, negeri yang paling dicintai Allah dan RasulNya, dan kiblat bagi seluruh umat Islam. Antara kelebihan Mekah seperti yang terkandung dalam Quran dan Hadis adalah:

(1) “Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia” QS Ali Imran: 97
(2) “Demi Allah, sesungguhnya engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling baik dan tanah yang paling dicintai Allah, andaikan aku tidak diusir daripadamu, nescaya aku tidak akan meninggalkanmu” HR.Ahmad, HRTarmizi no. 3295, HR Ibnu Majah no. 3168

(3) “ 1 solat dimasjidku ini lebih utama daripada 1000 solat di tempat lain, kecuali masjidil Haram, dan 1 solat di masjidil Haram lebih baik daripada 100 000 solat di tempat lain” HR. Bukhari no 1190 dan HR Muslim no. 1394
Hasan Al Bashri rahimahullah berkata “Puasa sehari di Mekah sama dengan puasa 100 000 hari, sedekah 1 dirham sama dengan 100 000 dirham dan setiap kebajikan digandakan menjadi 100 000” Fadail Mekah oleh Hasan Al Basri hal. 21
Mujahid rahimahullah berkata “Dosa berbuat kejahatan di Mekah dilipatgandakan seperti amalan kebajikan di Mekah” Mutsir al Ghuram hal. 234

Gambar Kaabah dari pandangan atas. Masa ini Lukeman naik ke tingkat paling atas untuk Solat Isya' dan jumpa sepupu yang menetap di Mekah di sini (30.1.2014 sehari sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia)

(4) Keutamaan Hajar Aswad:

“Hajar Aswad diturunkan dari syurga, saat itu warnanya lebih putih daripada susu, lau dosa-dosa keturunan Adam membuatkannya berubah menjadi hitam” HR Tirmizi no.877

“Demi Allah, Hajar Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, Allah memberinya mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berbicara, memberikan persaksian terhadap orang yang menyentuhnya dengan kebenaran” HR Ibnu Abbas

“Sesungguhnya Hajar Aswad dan Maqam adalah 2 buah batu di antara batu-batu Yaqut (batu mulia) di syurga, yang dihilangkan oleh Allah cahayanya. Andaikata Allah tidak menghilangkan cahayanya, nescaya sinarnya menerangi antara timur dan barat” HR Ahmad dan HR Ibnu Khuzaimah no. 2732




Suasana di depan Kaabah, menghadap Hajar Aswad, sebelum waktu solat. Para Jemaah sedang membentuk saf, ada beberapa orang yang masih melakukan tawaf. Masa ini Lukeman sedang menunggu waktu solat, betul-betul di penjuru Hajar Aswad


Pengawal yang menjaga Hajar Aswad. Waktu ini orang ramai dah tak boleh cium Hajar Aswad. Namun ada kes tertentu yang kami nampak sendiri, ada seorang kanak-kanak dating cium dan orang yang kakinya bertongkat dating cium, pengawal benarkan untuk kes-kes terpencil.


Gambar Hajar Aswad bila di zoom dengan kamera


Alhamdulillah Lukeman dapat cium Hajar Aswad kali pertama pada 26.1.2014, sebelum solat Zohor. Waktu Zohor di Mekah masa ini adalah 12.33 tengahari. Gambar ini diambil sebelum azan Zohor, selepas diizinkannya untuk cium Hajar Aswad, 26.1.2014 jam 12.30 tengah hari waktu Mekah (5.30 petang waktu Malaysia). Muka sedikit penat dan berpeluh tapi Alhamdulillah dapat juga cium, selepas berpusing-pusing 3 kali di depan Multazam. Bibir pecah dan tumit kaki pecah. Kesihatan lain-lain Alhamdulillah. Hari pertama di Mekah, kami tiba dalam jam 1.30 pagi, dan siap Umrah pertama jam 4 pagi, solat subuh, balik hotel dan tidur. Datang balik ke Masjidil Haram dalam jam 11 pagi untuk tawaf sunat dan dalam jam 12 tengahhari dapat cium Hajar Aswad, Alhamdulillah.


Ni Liza selepas dapat keizinannNya untuk cium Hajar Aswad. Itupun juga selepas berpusing 3 kali sebab ditolak dan sebagainya rintangan, sampai ada makcik dari Indonesia tegur kami "Bapak ni kenapa asyik berpusing-pusing dari tadi". Gambar pada 29.1.2014, 5.30 pagi waktu Mekah, sebelum azan Subuh, ataupun 10.30 pagi waktu Malaysia.


(5) Keutamaan Maqam Nabi Ibrahim AS

“Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim sebagai tempat solat” QS Al Baqarah: 125

“Sesungguhnya Hajar Aswad dan Maqam adalah 2 buah batu di antara batu-batu Yaqut (batu mulia) di syurga, yang dihilangkan oleh Allah cahayanya. Andaikata Allah tidak menghilangkan cahayanya, nescaya sinarnya menerangi antara timur dan barat” HR Ahmad dan HR Ibnu Khuzaimah no. 2732


(6) Keutamaan Hijir Ismail AS

“Jika engkau ingin masuk ke Baitullah, maka solatlah di sini (Hijir Ismail), kerana ini adalah sebahagian daripada Baitullah, kerana kaummu menguranginya disaat membangunkannya kembali” HR Nasa’i no. 2915

“Lakukanlah solat si tempat orang-orang pilihan, dan minumlah minuman orang-orang yang baik. Lalu ada yang bertanya “Di mana tempat orang-orang pilihan itu?”. Ia menjawab :Dibawah Mizab (pancuran emas)”, dan ada yang bertanya, “Apa minuman orang-orang yang baik?”. Ia menjawab “Air zam-zam” HR Abnu Abbas

Suasana di tepi Hijir Ismail. DI dalam Hijir Ismail dah pun kosong sebab hamper masuk waktu solat fardu. Solat sunat dibenarkan solat di dalam Hijir Ismail, tetapi solat fardu tidak dibenarkan.


Lampu penanda Hijir Ismail ada 3.


Hijir Ismail pandangan dari dalam ke luar

Maqam Ibrahim disebelah kiri (yang lampu besar tu. Dalam tu ada bekas tapak kaki Nabi Ibrahim pada batu yang diturunkan dari syurga semasa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina kaabah dengan bantuan para Malaikat. Sebelah kanan yang ada tiga lampu tu Hijir Ismail


Suasana di depan Kaabah selepas Solat Subuh, 29.1.2014 jam 6.24 pagi waktu Mekah. Selepas subuh suasana sedikit lengang dan agak sesuai untuk tawaf bagi yang ingin mengelak kesesakan.


(7) Keutamaan  air zam-zam

“Air yang paling baik dipermukaan bumi adalah air zam-zam. Ia mengandungi makanan bergizi dan menyembuhkan penyakit” HR At Tabarani

“Tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafik adalah mereka tidak minum air zam-zam sampai kenyang” HR Albaihaqi

“Air zam-zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” HR Ibnu Majah; 3062

“Demam adalah merupakan angin panas daripada neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air zam-zam


Lukeman dan sahabat baru di Masjid Nabawi. Sebelah kiri tu tong-tong air zam-zam dan cawan yang disediakan di Masjid Babawi. Jadi tak perlu bawa air dari hotel. Jika perlu hanya bawa botol kosong sahaja. Minum sampai kenyang. Jangan lupa baca "Bismillah" dan selawat pada Nabi SAW terlebih dahulu untuk keberkatan, dan minum menghadap ke arah kiblat / Kaabah.


Liza di dalam Masjidil Haram. Di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak disediakan tong air zam-zam dengan cawan sekali. Jadi tak perlu bawa air dari hotel. Jika perlu hanya bawa botol kosong sahaja. Minum sampai kenyang. Jangan lupa baca "Bismillah" dan selawat pada Nabi SAW terlebih dahulu untuk keberkatan, dan minum menghadap ke arah kiblat / Kaabah.


(8) Keutamaan Multazam

“Kawasan di antara sudut dan pintu kaabah dinamakan Multazam, tiada seorangpun yang berada di sana meminta kepada Allah sesuatu, kecuali hal itu akan diberikan kepadanya”.” HR Al Baihaqi

“Kawasan antara sudut dengan pintu kaabah adalah Multazam. Barang siapa yang berdoa kepada Allah di Multazam, maka Allah akan mengabulkan doanya” HR Al Azraqi

Kawasan antara sudut Hajar Aswad ini dengan pintu Kaabah dikenali sebagai Multazam. Di sini tempat mustajab doa, dan laluan ini dicadangkan bagi yang ingin cium Hajar Aswad. Lalu ikut Multazam, tepi yang guard ada tu. Kat situ nanti ada pemegang tempat guard duduk pada bahagian atas. Pegang pada pemegang tu dan ikut arus, insyaAllah nanti akan sampai depan Hajar Aswad. Pengalaman kami untuk sampai ke tempat pemegang tu terpaksa berpusing berkali-kali di depan Multazam. Banyakkan doa dan istigfar sebelum pergi dan juga di depan Multazam, Dia Maha Mendengar, InsyaAllah dengan azam. semangat dan izin dariNya insyallah nanti akan dapat.


Wallahhua’lam Liza & Lukeman
Bangi Selangor
12.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

1. Travelog Umrah dan Ziarah (3) Kekal Sihat dan Cergas di Madinah dan Mekah
2. Travelog Umrah dan Ziarah (4) Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi
3. Travelog Umrah dan Ziarah (1) Bangi menuju Madinah
Read more ...

Thursday, 6 February 2014

Travelog Umrah dan Ziarah (1) Bangi menuju Madinah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Lukeman dan Liza menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ dan tanah haram yang penuh barokah; bumi Madinah dan Mekah al Mukaromah. Perjalanan bermula pada petang hari Isnin 20.1.2014 dari KLIA, Malaysia menuju ke Jeddah dengan transit di Dakar, Bangladesh. Solat zohor dan sunat safar (musafir) di rumah di Bangi sebelum berangkat ke KLIA. Adik; Lie tolong hantarkan. Anak-anak, Ma, Adibah dan pembantu rumah turut sama hantar di KLIA. Solat Asar qasar di surau KLIA selepas check in. Sedikit gambar di KLIA sebelum berangkat.


Sebelum bertolak dari Bangi ke KLIA. Muhammad dan Yusuf macam biasa, duduk di kerusi belakang. Aisyah dan Athirah di kerusi tengah bersama Ma, Adibah dan pembantu.


Yusuf berdoa untuk abah dan mamanya. Muhammad menemani dan memerhatikan pergerakanYusuf.


Lukeman, Liza, Ma, Muhammad, Yusuf, Atiqah dan pembantu. Aisyah dan Athirah rasanya dengan Adibah


Aisyah, Athirah dan Yusuf semasa menunggu untuk check in barang


Sini ada semua, 5 orang anak; Muhammad, Aisyah, Athirah, Yusuf dan Atiqah sambil ditemani MokBah @ Adibah


Adibah, Yusuf, pembantu, Atiqah dan Ma. Ma pegang baby Jemaah umrah yang akan turut serta bersama kami.



Poksuli @ Lie dengan Muhammad



Yusuf dan Athirah


Sementara tunggu Liza siap solat Asar, selepas check in, snap gambar tiket flight United Airways Bangladesh Ltd


Bertolak dari KLIA kira-kira jam 6 petang waktu Malaysia. Perjalanan hampir 4 jam menuju Dakar, Bangladesh dengan United Emirates Dakar, kapalterbang 2 + 3 tempat duduk sebaris.  Tiba di Dakar pada jam 10 malam waktu Malaysia. Kemudian jam 10.30 malam terus naik kapal terbang menuju Jeddad dengan flight yang lebih besar; 2-3-2 tempat duduk sebaris. Dakar ke Jeddah mengambil masa kira-kira 8 jam. Tiba di Jeddah pada jam 1.30 pagi. Solat magrib dan Isya’ jama’ takdim di airport Jeddah.

Sambil menunggu kaunter imigrasi di buka untuk jemaah Malaysia, ada pekerja Bangladesh dan Indonesia di sini datang untuk menjual kad prepaid berharga SR40 dengan nilai kredit di dalamnya SR40. Sebelum beli pastikan harga yang mereka jual sama dengan nilai kredit yang ada. SR40 harga jual = SR40 nilaian kredit. Selepas beli, pastikan terus masukkan ke dalam HP, untuk pastikan simcard berfungsi dan nilaian kredit sama dengan nilai yang dijual.

Insya’Allah SR40 cukup untuk 1-2 minggu penggunaan kita di sana. Jika kerap digunakan mungkin kena beli topup tambahan. Alhamdulillah, selama 12 hari di sana, SR40 Lukeman dan SR40 Liza dapat bertahan hingga ke hari akhir. Baki Lukeman ada dalam SR4 dan Liza dalam SR6.

Kad sim yang pekerja Bangladesh dan Indonesia jual di terminal ketibaan Jeddah. Sambil tunggu kaunter buka dan dipanggil imigrasi, diaorang akan dating jual. SR40 satu sim dengan nilai kredit SR40. Alhamdulillah cukup untuk kegunaan 12 hari di Madinah dan Mekah. Guna untuk telefon keluarga di kampong, telefon pasangan bila nak bergerak ke mana-mana ataupun bila tak jumpa cari di masjid, dan untuk telefon rakan sebilik @ rakan seumrah.
 
Liza dan Jemaah wanita solat Magrib dan Isya' sambil menunggu imigrasi Jeddah panggil sebelum keluar daripada terminal, ambil bagasi dan bas ke Madinah


Jemaah lelaki solat Magrib dan Isya' di airport Jeddah. Sementara tunggu kaunter buka, ada yang solat sunat, berzikir dan baca Quran. Jemaah dari negara lain pun ada sama di kaunter menunggu ni.


Sampai airport Jeddah jam 1.30 pagi waktu Mekah @ 5.30 pagi waktu Malaysia, perjalanan menghampiri 12 jam. Hampir jam 5.30 pagi baru Jemaah Malaysia dipanggil untuk check out. 5.45 pagi waktu subuh masuk. Kami bergilir-gilir solat subuh di surau dan bergilir-gilir beratur memandangkan kaunter imigrasi yang panjang. Kalau nak tunggu semua siap check out jangkaannya memang tak sempat. Memang tak sempat.

Jemaah wanita diberi keutamaan untuk check out terlebih dahulu, disusuli dengan jemah lelaki. Kaunter dibuka mengikut Negara. Selepas habis 1 Negara, Negara lain pula akan dipanggil.  Siap check out dalam pukul 7.30 pagi. Dalam pukul 8.00 pagi, lepas angkut semua barang dari terminal ke dalam bas baru kami bertolak ke Madinah.

 
Dalam bas ketika dalam perjalaan dari Jeddah ke Madinah. Kami tiba diterminal Haji Jeddah. Orang luar / penduduk luar tak boleh masuk ke kawasan ini. Kebetulan masa kami sampai, ada barang-barang yang makcik kirimkan dari Malaysia untuk di bawa ke Mekah untuk kegunaan di sana. Jadi pakcik / bapa saudara / ayahngoh dan anaknya Marzuki terpaksa tunggu diluar kawasan terminal untuk ambil barang yang dipesan. Mereka sampai dari jam 1 pagi dan dapat jumpa kami dalam jam 8.30 pagi; 7 jam lebih menunggu. Sampai di pintu keluar, kami turun dan serahkan amanah / barangan yang dikirim.


Jam 9.43 pagi waktu Mekah, berhenti untuk makan, rehat dan ke tandas.



Masih dalam bas. Perjalanan mengambil masa hampir 5-6 jam. Berhenti makan dan rehat sekali.

Gambar sekitar perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Jeddah sebenarnya dah dekat dengan Mekah, dalam 1-1 1/2 jam perjalanan, tapi oleh sebab jadual kami untuk ke Madinah dahulu, maka kami ke Madinah terlebih dahulu, yang jaraknya mengambil masa sekitar 5-6 jam dari Jeddah.


Tiba di hotel Madinah selepas waktu zohor, dalam 2.30 petang. 6 jam perjalanan dengan bas. Check in hotel, makan dan bergerak ke masjid nabawi kali pertama untuk solat zohor dan Asar di sana. Alhamdulillah sampai juga ke Madinah yang didalamnya tertegak masjid Nabawi, didalamnya juga ada jasad Baginda Nabi Muhammad SAW



Mencari raudah dan makam Nabi Muhammad, selepas solat Asar.


Suasana di dalam Raudah ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi. Sebelah kanan ada mimbar muazzin, depan mimbar muazzin ada mimbar Nabi Muhammad SAW. Bahagian depan-tengah ada mihrab Nabi SAW, dan bahagian kiri raudah ada makam Nabi SAW, makam Saidina Abu Bakar RA dan makam Saidina Abu Bakar RA.


 Di Raudah, Masjid Nabawi, Madinah


Pandangan dari belakang menuju ke Raudhah. Tiang yang bergaris warna emas itulah kawasan Raudah


Pandagan dari sisi kanan Raudah, ditutup dengan kain kanvas. Hanya boleh masuk dari arah belakang Raudah



Didalam Raudah, tiangnya bertanda emas dan karpetnya berwarna hijau, berbanding di tempat lain
karpetnya berwarna merah dan tiangnya putih

Beristigfar dan berfikir bila waktu yang sesuai untuk dapat menjadi salah seorang penghuni taman-taman syurga ini.


Mimbar Nabi SAW yang ditutup. Dibuka pada hari Jumaat untuk khutbah Jumaat. Sebelah kiri mimbar (tempat pengawal jaga) ada mihrab Nabi SAW. Mihrab untuk imam sekarang dipanggil mihrab Saidina Usman, kira-kira 6-9 saf didepan mihrab Nabi SAW ini.



Bergerak keluar dari Masjidil Nabawi untuk balik ke hotel untuk mandi dan bersiap untuk solat Magrib dan Isya' sambil berfikir dan beristigfar dan memohon kepadaNya agar dapat menjadi salah seorang penghuni taman syurgaNya.

Sama-sama kita beristigfar sebanyak mungkin setiap masa agar dosa-dosa kita diampunkanNya. Moga kita semua diizinkanNya untuk berada di dalam taman syurgaNya di dunia ini dan moga kita mendapat rahmat dan kasih sayangNya untuk menghuni syurgaNya di akhirat kelak, insyaAllah.

"Di antara rumah dan mimbarku adalah salah satu taman syurga, dan mimbarku ini ada di atas telagaku" HR Bukhari no. 1888 dan Muslim no. 1391


Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor
6.2.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 0196515717 / 0132299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

Artikel berkaitan:

1. Travelog Umrah dan Ziarah (3) Kekal Sihat dan Cergas di Madinah dan Mekah
2. Travelog Umrah dan Ziarah (2) Keutamaan Mekah
3. Travelog Umrah dan Ziarah (4) Keutamaan Madinah dan Masjid Nabawi
Read more ...

Sunday, 19 January 2014

Perjalanan Menuju Umrah

InsyaAllah Lukeman dan Liza akan berangkat menunaikan umrah pada 20.1.2014 ini. Semoga perjalanan pergi dan kembali dipermudahkanNya dan semoga kami mendapat umrah / haji kecil yang mabrur. Terima kasih kepada semua saudara, sahabat dan pengunjung yang mendoakan kami. Sampai jumpa lagi insyaAllah



Lukeman
Bangi Selangor
013-2299319
Read more ...

Friday, 10 January 2014

Riba: Kesan Dalam Kehidupan Dan Penyelesaiannya

Assalamualaikum, kehidupan kita seharian tidak lepas daripada hutang, sama ada hutang dengan bank, hutang dengan keluarga mahu pun hutang dengan rakan. Tidak salah berhutang, janji kita ada perjanjian hitam-putih bila nak bayar, berapa lama pinjam dan sebagainya, dan isu yang selalu berkaitan dengan pinjaman adalah riba' atau interest atau bunga.

Kadang-kadang kita tak ambil kisah sangat tentang riba' ataupun interest ini, tetapi sebenarnya riba' memberikan kesan yang amat besar dalam kehidupan kita. Bayangkan jika kita mengambil pinjaman bank secara riba' selama 30 tahun, maka selama 30 tahun kita terlibat dengan riba. Jika kita meninggal dalam tempoh tersebut tanpa sempat bertaubat, nauzubillah himin zalik agaknya apa jawapan kita kepadaNya di sana.

Bagi yang pernah terlibat dengan riba', sama-sama kita muhasabah diri. Kita sama-sama fikir ke mana destinasi kita selepas ini dan apakan nasib kita di sana. Hutang, harta, dunia boleh dicari, tetapi jika tersilap membawa bekal ke akhirat, kita tidak boleh lagi berpatah balik. 


Penyelesaiannya sama-sama kita bertukar daripada perkhidmatan perbankkan yang melibatkan riba' kepada perkhidmatan yang berbentuk islamik.

Pembiayaan rumah, kereta, akaun simpanan, kad debit dan kad kredit sama-sama kita tukarkan kepada Islamik. Kita usahakan juga agar ibubapa, adik beradik, sahabat handai, jiran dan masyarakat memahami bahaya riba' dan sama-sama kita berpindah daripada riba' jahiliyah kepada pembiayaan Islam yang lebih baik. Hati senang, kehidupan lebih tenang dan insyaAllah semoga di sana juga hisab kita lebih mudah.

Pengakhiran, kami kongsikan 7 potong ayat Al Quran daripada Surah Al Baqarah ayat 275 hingga ayat 282 yang menggambarkan tentang betapa bahayanya riba' dan cara penyelesaiannya.


"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak  menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa."


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala disisi Tuhannya.Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman."

"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."

"Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."

"Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)."
(Al Baqarah ayat 275-282)


Kemaskini pada 21.4.2014

"Beza riba dan jual beli adalah pada sistem dan akaq nya, sama juga beza antara anak sah taraf dengan tidak adalah pada sistem dan aqadnya". Penyelesaiannya, jom tinggalkan sisa-sisa riba dan kembali kepada sistem kewangan Islam. Walaupun mungkin tempiasnya masih kita kena, tapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mengelak dan menghindarinya. Selepas berusaha, selebihnya kita tawakkal kepada Allah.

Jom sama-sama kita bertukar daripada pembiayaan rumah, kad kredit, kad debit, pembiayaan kereta, pinjaman peribadi, akaun simpanan, akaun semasa yang konventinal kepada pembiayaan Islamik. Moga harta dan kehidupan kita lebih berkat, insyaAllah

Wallahhua’lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
10.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

(1) Jom Bahagia (4) Kuliah Subuh dan Magrib 15-16 Feb 2014 dan Motivasi Pagi
(2) Jom Bahagia (3) Memandang Wajah Ibu
(3) Jom Bahagia (2) Bahaya dan Kesan Riba' Dalam Kehidupan
(4) Jom Bahagia (1) Berbagi Kasih Sayang Dari Gaji Pertama
Read more ...

Wednesday, 8 January 2014

Anak Anugerah Allah dan Set Vitamin Untuk Suami Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السلام علبكم ورحمة الله


Anak adalah anugerah daripada Allah dan penyeri rumahtangga. Ada yang senang dapat anak dan anak juga yang lambat dapat anak. Semuanya adalah anugerah dan ujian daripadaNya. Ada anak mahupun belum ada anak kedua-duanya adalah anugerah dan ujian daripadaNya, bagi menentukan sama ada kita makin dekat atau makin jauh daripadaNya.

Isteri, anak, harta, rumah, kenderaan mahupun ladang dan binatang ternak hakikatnya adalah daripada Allah. Oleh sebab kita tidak tahu berapa banyak yang Allah ingin bagi pada kita, maka kita diminta berusaha dan berikhtiar untuk mencari dan mendapatkannya dengan syarat kita tidak mengabaikan keperluan untuk akhirat. Dengan kata lain kita mencari dan menggunakan dunia untuk kepentingan akhirat.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"
(Surah 3 Ali Imraan ayat 14)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, (1)sedekah jariah, (2) ilmu yang dimanfaatkan dan (3) anak yang soleh mendoakan untuknya"
Hadis Riwayat Muslim).

Kita digalakkan untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya dalam setiap apa yang kita kerja dan mahukan. Jadi di sini kami ingin berkongsi dengan para pembaca di antara usaha yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan zuriat. Disamping memperbanyakkan doa, faktor pemakanan seimbang juga mempengaruhi kandungan hormon di dalam badan yang boleh memangkin persenyawaan diantara benih suami dan isteri.

2 nutrisi penting bagi suami yang sedang berusaha mendapatkan anak adalah zink dan vitamin E. Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim yang terdiri daripada bahan yang menggalakkan reaksi biokimia di dalam badan. Zink juga mengandungi kalsium yang membantu memelihara kesihatan, membantu dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Dengan kata lain zink membantu peningkatan hormon testosterone lelaki, bagi menghasilkan sperma yang lebih berkualiti, lebih sihat dan lebih aktif. Vitamin E pula membantu menyuburkan organ reproduksi ataupun organ kesuburan lelaki dan wanita.

GLA Complex pula membantu penghasilan dan penstabilan hormon progesterone wanita bagi memberikan kelegaan semasa kitaran haid. GLA adalah kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Manakala B Complex menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh dan membantu bagi isteri yang sedang merancang kehamilan


4 nutrisi ini adalah asas bagi membantu meningkatkan hormon suami dan isteri dan membantu sistem produksi suami dan isteri. Sebagai tambahan suami boleh juga ambil omegaguard bagi membantu meningkatkan kekuatan jantung, fungsi saraf, fungsi sendi dan mata dan membantu meningkatkan kesihatan dan perkembangan fungsi mental / otak. Isteri pula boleh mengambil tambahan ESP, yang membantu memberikan tenaga berkekalan, membantu mengurangkan kolesterol dalam badan, dan membantu memberikan separuh daripada keperluan kalsium harian, disamping  mengandungi lima jenis  vitamin B yang penting untuk badan. Alfalfa pula mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi yang penting dalam menyahtoksinkan badan, dan bertindak seperti minuman herba semulajadi.


Sebagai permulaan dan ikhtiar boleh mula cuba dengan set asas dahulu. Jika menampakkan hasil Alhamdulillah boleh disusuli dengan set mengandung, set berpantang dan set untuk menyusu pula. Kita hanya mampu berusaha dan memperbanyakkan doa kepadaNya, selebihNya insyaAllah Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita hambaNya. Semoga entri ini memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua.


Doa agar diri, anak dan keturanan kita sentiasa mendirikan solat. QS14 Ibrahim ayat 40


Wallahhua’lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
8.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Monday, 6 January 2014

Mudahnya Bangun Pagi


Semakin meningkat dewasa, badan akan terasa semakin berat. Bangun pagi rasa badan macam melekat dengan tilam. Mungkin disebabkan oleh pengumpulan toksin di dalam badan akibat pemakanan yang kurang sihat dan kurang senaman / aktiviti fizikal

Alhamdullillah dengan bantuan 2 biji alfalfa sebelum tidur yang merupakan makanan semulajadi yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin yang membantu mencernakan makanan dan menyahtoksinkan badan dan 2 biji ostematrix yang membantu menguatkan tulang, melancarkan sistem saraf, mengecutkan otot dan mengekalkan tekanan darah normal, bangun pagi badan terasa lebih ringan, segar dan bertenaga.


 InsyaAllah tidur jam 11-12 malam, pukul 4-5-6 pagi boleh bangun dengan badan yang ringan, segar, bersemangat dan bertenaga. Banyak benda boleh diselesaikan bila kita boleh bangun awal pagi dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan hari baru.


Wallahhua’lam
Liza & Luke
Bangi Selangor
6.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com

 
Read more ...

Sunday, 5 January 2014

Betulkan Niat Buat Bisnes

Sama-sama kita betulkan niat kenapa kita buat bisnes. Niat yang paling utama adalah untuk membantu memudahkan orang ramai yang memerlukan produk ataupun perkhidmatan yang kita tawarkan, agar pelanggan merasa mereka dapat apa yang mereka cari, mendapat panduan pemilihan produk yang sesuai, mendapat khidmat lepas jualan yang memuaskan dan sebagainya.

Amat penting untuk kita sama-sama memperbetulkan niat, kerana setiap amal itu akan disertai dengan niat, dan niat itu yang akan menentukan sama ada kita mendapat balasan yang baik (pahala) ataupun balasan yang sebaliknya. Aura daripada niat itu juga akan mempengaruhi tindakan kita sebagai pengamal bisnes, dan semestinya juga akan mempengaruhi bakal pelanggan yang datang dan juga pelanggan sedia ada.

Sama-sama kita betulkan niat dan sama-sama kita memudahkan antara satu sama lain. InsyaAllah kita mudahkan urusan dan kehidupan orang lain, Allah akan mudahkan urusan dan kehidupan kita

Wallahhua’lam
Liza & Luke
Bangi Selangor
5.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Friday, 3 January 2014

Jom Bahagia (1) Berbagi Kasih Sayang Dari Gaji Pertama

Sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari, InsyaAllah kami akan kongsikan sedikit demi sedikit petua-petua kebahagian di sini agar dapat kita manfaatkan bersama, sesuai dengan nama blog www.jombahagia.blogspot.com. Mana yang baik sama-sama kita amal dan jadikan teladan, mana yang buruk kita jauhkan sebagai sempadan.

Petua yang pertama adalah sama-sama kita peruntukan sebahagian daripada gaji bulanan kita kepada insan yang melahirkan kita iaitu ibu (bagi yang masih ada ibu) ataupun bapa (bagi yang ibu telahpun tiada). Peratusannya terpulang kepada kita, mungkin 5%, 10%, 15% ataupun 20%, bergantung kepada kemampuan dan kedudukan kewangan kita. Contohnya masa awal-awal kerja, gaji sekitar RM1300-RM2000 boleh kita bagi RM100-RM200. Apabila gaji dah makin meningkat, contohnya RM5000, boleh bagi RM400-RM600.

Cara mudah adalah dengan terus membuat potongan gaji ke akaun bank ataupun akaun tabung haji ibu / bapa kita. InsyaAllah kehidupan kita akan makin berkat dan kebahagian akan tanpa segan silu datang menjengah ke pintu rumah kita, InsyaAllah.

Doa agar diberi ampun untuk diri, ibubapa dan orang beriman, QS 14 Ibrahim ayat 41


Wallahhua’lam
Liza & Lukeman
Bangi Selangor

3.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319 / 019-6515717
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com


Artikel Berkaitan

(1) Jom Bahagia (4) Kuliah Subuh dan Magrib 15-16 Feb 2014 dan Motivasi Pagi
(2) Jom Bahagia (3) Memandang Wajah Ibu
(3) Jom Bahagia (2) Bahaya dan Kesan Riba' Dalam Kehidupan
(4) Jom Bahagia (1) Berbagi Kasih Sayang Dari Gaji Pertama
Read more ...

Thursday, 2 January 2014

OmegaGuard Minyak Ikan Terbaik

Antara nutrisi kesihatan penting yang dihasilkan Shaklee adalah OmegaGuard. OmegaGuard dihasilkan melalui proses penyulingan 3 molekul bagi memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi, sementara bahan-bahan yang berbahaya yang terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan disingkirkan seperti merkuri dan plumbum.

OmegaGuard mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajdi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. EPA membantu menyihatkan jantung dan sendi dan DHA membantu perkembangan minda dan fungsi otak.

Satu penyelidikan yang dijalankan (yang menyokong fakta tetapi bukan muktamad) menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega 3 yang tinggi dapat memperbaiki sistem kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang tinggi.*

Rujukan: Shaklee Malaysia


Bagi yang ingin mendapatkan minyak ikan OmegaGuard ini boleh hubungi kami seperti di bawah. Stok sedia ada tetapi agak terhad. Penghantaran secara COD bagi kawasan Bangi dan sekitar dan pos laju bagi kawasan lain

Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
Read more ...

Wednesday, 1 January 2014

Mengapa Shaklee (3) Shaklee vs Herbalife vs B'Young

Ketika kami mula mencari produk kesihatan, apa yang bermain difikiran kami adalah B'young Zhulian, Herbalife dan juga Shaklee. Kami cari info dalam internet dan tanya kepada kawan-kawan dan saudara terdekat. Ramai kawan Liza ambil Herbalife, dan ramai kawan Lukeman ambil Shaklee.

Kemudian kami cari info pasal kelebihan, kekurangan, apa kata pengguna pasal kedua-dua produk keluaran ini, apa kata pesaing, apa kata bekas pengguna, status halal haram, diperakui oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kualiti produk, harga, jumlah jurnal saintifik yang telah dihasilkan bagi membuktikan keberkesanan produk dan sebagainya.

Kami tidak mahu bias dalam soal memilih sesuatu produk. Pengunjung juga boleh buat sedikit kajian mudah seperti ini. Hasilnya kami memilih Shaklee. Namun jika diberikan markah peratusan kepada hasil pencarian info kami, peratusan markah untuk keberkesanan, kebaikan dan harga produk keluaran Herbalife dan Shaklee tidak banyak beza, cuma yang membuatkan kami memilih produk Shaklee adalah kerana jumlah jurnal dan komen negatif tentang Shaklee adalah kurang berbanding Herbalife.

Disamping mencari info positif ataupun kebaikan sesuatu produk, kita juga perlu mengambil kira aspek keburukan ataupun kesan negatif sesuatu produk untuk jangka masa panjang. Sebolehnya maksimumkan kesan positif dan minimumkan kesan negatif. Wallahhua'lam.

Wallahhua’lam

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
1.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 019-6515717 / 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com
 


Artikel Berkaitan
(1) Mengapa Shaklee? (4) Agen Shaklee Bangi
(2) Mengapa Shaklee (2)? Halal, Diperakui KKM, Selamat, Semulajadi dan Terbukti Berkesan
(3) Mengapa Shaklee? (1) Madu Lebah, Kismis dan Shaklee
Read more ...