Thursday 19 December 2013

Mengapa Shaklee? (1) Madu Lebah, Kismis dan Shaklee

Bismillah
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar
Allahhummasollialamuhammad waalaalimuhammad

Assalamualaikum warahmatullah

Sebelum ini produk kesihatan yang kami amalkan adalah minum madu lebah di setiap pagi. Madu dicampurkan kedalam air suam, kacau dan minum. Anak-anak juga sama, cuma kekerapan pengambilan bagi anak-anak agak kurang berbanding kami. Sesekali kami bagi anak-anak makan kismis, badam dan juga kacang ‘cerdik’ yang dikirim dari sahabat Liza yang menjadi mutawif ke Mekah dan Madinah. Madu lebah arab biasanya kami ambil stok di kedai arab di area Gombak dan juga Ampang. Madu lebah tempatan pula kami ambil dari Darussyifa’ Bangi ataupun beli di kampung.




Sekarang ini, pengambilan madu setiap pagi dan sesekali kismis dan badam masih diteruskan, cuma kami tambahkan dengan produk kesihatan keluaran Shaklee berupa vitalea, b complex, ESP, ostematrik, omega guard dan alfalfa. Anak-anak pula kami bagi mealshakes, omegaguard dan nutriferon.

Kenapa Shaklee? Kami mencari nutrisi tambahan untuk menambah kecerdasan diri, mengurangkan lenguh-lenguh di bahagian belakang dan pinggang dan bagi menambahkan susu ibu. Liza masih menyusukan Atiqah, anak kelima kami sekarang yang berumur satu tahun dua bulan. Anak-anak pula bertujuan untuk menambahkan sistem imun dan meningkatkan kecerdasan fizikal dan mental. Sekarang mereka alhamdulillah tiada masalah, cuma kanak-kanak yang sedang membesar biasalah aktif. Setiap petang main basikal, malam mengaji Quran, kadang-kadang Lukeman hantar, kadang-kadang naik basikal.

Kawasan sekitar masih membangun dengan projek perumahan. Habuk dan gaya hidup Bandar menyebabkan kita makan macam-macam benda yang kurang sihat terutamaya makanan segera. Jadi kami fikir, kehidupan yang aktif di kotaraya ini perlu disokong oleh pengambilan makanan yang sihat dengan tambahan nutrisi tertentu. Tambahan pula Aisyah dan Yusuf menyusu badan dalam tempoh yang agak singkat; kurang dua tahun berbanding abang mereka Muhammah, Athirah dan Atiqah, disebabkan jarak kelahiran yang agak rapat. 

Kurang menyusu badan menyebabkan anak kekurangan imun berbanding anak yang lain. Jadi merereka berdua ni ada sedikit eszema pada badan dan kulit. Dengan pengambilan nutrisi yang betul eszema dapat dikurangkan sekarang dan insyaAllah sedikit masa lagi kami yakin masalah ini akan dapat diatasi.

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberikan manfaat untuk pengunjung yang sedang mencari nutrisi yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Pengunjung yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut berkaitan dengan produk Shaklee mahupun yang ingin menambah pendapatan boleh hubungi kami di talian 013-2299319 (tel/sms/whatsapp) ataupun email ke jombahagia@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan, semoga Allah merahmati tuan puan dan jemput datang lagi.

Wallahhua’lam

Liza & Lukeman
Bangi Selangor
19.12.2013
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 019-6515717 / 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com


Artikel Berkaitan
(1) Mengapa Shaklee? (4) Agen Shaklee Bangi
(2) Mengapa Shaklee (3) Shaklee vs Herbalife vs B'Young
(3) Mengapa Shaklee (2)? Halal, Diperakui KKM, Selamat, Semulajadi dan Terbukti Berkesan