Friday 27 December 2013

Naik Taraf Rumah

Kami mula menetap di Bangi sekitar tahun 2004. Tahun pertama tinggal di rumah pangsa 3 bilik, dengan sewa RM450. Tahun kedua pindah ke rumah kampung yang sangat cantik suasana, persekitaran dan jirannya. Tahun 2006 kami mula berpindah ke rumah teres, ketika ini anak baru dua orang. Masuk ke rumah baru, dan baru memulakan alam pekerjaan selama kira-kira tiga tahun, tidak banyak renovasi yang kami lakukan terhadap rumah ini. Hanya masukkan keperluan asas; lampu, kipas, gril, tambahan bumbung depan dan belakang rumah, dan yang sedikit besar adalah kabinet dapur. Tiada syiling kapur, tiada penyaman udara dan tiada juga almari pasang siap. Hanya ada almari dan tilam lama yang di bawa dari rumah lama.




2009 sekali lagi kami berpindah ke kawasan berhampiran ketika anak tiga orang. Masih dengan kelengkapan rumah yang sama, yang di bawa dari rumah lama, cuma tambahan tilam baru yang lebih empuk. Rezeki kami makin murah bila dikurniakan dua orang lagi anak, tahun 2011 dan 2012. 2011 tahu yang agak mencabar bila pembantu rumah yang berkerja dengan kami lebih 3 tahun melarikan diri. Mahu tak mahu kami terpaksa mengambil pembantu rumah baru, namun kami diuji lagi apabila pembantu rumah yang baru ini melarikan diri dalam masa tidak sampai sebulan. Tambah buruk bila agen lepas tangan dan tidak mahu menggantikan dengan pembantu baru, padahal ikut perjanjian 3 bulan pertama pembantu masih dalam tempoh waranti.




Tidak mahu pisang berbuah lagi, kami mencari pengasuh di kawasan sekitar. Alhamdulillah ada yang sudi menjaga anak kami. Tanpa pembantu, kami terpaksa basuh baju, lipat baju dan gosok baju sendiri. Jika hujan baju akan basah dijemuran sebab kami berdua berkerja. Mahu tidak mahu renovasi seterusnya patut dilakukan. Kami tambah bumbung di bahagian tepi bagi membolehkan kami menjemur pakaian di kawasan yang bebas hujan. Alang-alang tambah tepi, kami tambah sekali dengan pintu pagar auto bagi memudahkan, terutamanya isteri agar tidak perlu turung dari kereta semasa keluar rumah mahupun semasa balik kerja.

Masa berlalu, dari 2009, sekarang 2013. Anak dah lima, dan tiga daripadanya bakal bersekolah tahun 2014 nanti, almari buku diperlukan bagi meletakkan beg sekolah dan buku-buku sekolah anak. Jadi bila keperluan datang, kami perlu memikirkannya demi keselesaan bersama.

 

Inilah hasilnya. Masih belum siap sepenuhnya. Mereka perlu datang lagi sekali bagi melengkapkan beberapa bahagian yang belum lengkap. Harap dengan siapnya almari ini dapat memudahkan anak-anak kami menyimpan buku-buku dan barangan mereka.


Semakin meningkat dewasa, semakin besar anak-anak, semakin banyak keperluan mereka yang perlu kita sediakan. Keperluan asas juga semakin meningkat harganya. Mahu tidak mahu kita juga terpaksa meningkatkan pendapatan kita. Jika dulu makannya hanya berdua, sekarang makannya bertujuh. Alhamdulillah rezeki sentiasa cukup, Cuma kami kasihankan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, tetapi ada banyak tanggunggan dibawahnya.

Jika kami yang dua-dua berkerja inipun sedikit sebanyak terasa dengan beban kewangan sekarang, apatah lagi yang hanya seorang sahaja yang berkerja dalam satu keluarga. Jadi jika tuan puan perlukan sumber kewangan tambahan, kami sebagai agen Shaklee ada jalan untuk memulakan perniagaan sendiri dengan modal serendah RM65 sebagai pendaftaran seumur hidup. Kemudian boleh beli barangan kesihatan Shaklee dengan harga ahli, dan dapat poin lagi. Poin ini dapat ditukarkan kepada wang bila cukup nilai dan tempohnya.

Fikir-fikirkan bersama. InsyaAllah kami sedia membantu setakat mana yang terdaya. Sama-sama kita berusaha meningkatkan pendapatan keluarga. Anak-anak adalah anugerah Allah, sama-samalah kita mendidik dan menjaganya. Hubungi kami jika berminat.

Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com