Saturday 28 December 2013

Inflasi Bakal Menjerat

2014 bakal menyaksikan peningkatan inflasi yang besar dalam negara kita. Bahangnya sudah terasa dari sekarang, sehinggakan ada yang buat kalendar 2014 dengan menggunakan simbol "naik", dan ada juga buat lagu parodi “jika dah tak suka”. Kreatif rupanya rakyat Malaysia.

Tengok sekeliling kita, 2 tiga tahun kebelakangan harga sepinggan nasi dengan satu lauk ikan ataupun ayam, dan sedikit sayur harganya sekitar RM3.50 hingga RM4.00. Sekarang (Disember 2013), harganya adalah sekitar RM4.50 hingga RM5.00. Itu di kedai makanan biasa, jika di kedai yang agak ekslusif, nilainya juga semakin meningkat selari dengan keekslusifan kedai tersebut ;).

Di sini kami ingin berkongsi kaedah yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan bahang inflasi ini. Antaranya adalah:

(1)   Tukarkan nilai mata wang kita dalam bentuk "kertas" kepada nilai matawang dalam bentuk objek ataupun "aset" yang boleh melawan inflasi, contohnya adalah emas, perak mahupun hartanah. Namun peratusan pengagihannya perlulah disesuaikan dengan keperluan dan status kewangan kita, kerana kecairan hartanah agak tinggi, berbanding emas, perak mahupun wang fiat.


(2)   Simpan ataupun laburkan wang kertas kita di mana-mana agensi Islamik yang patuh syariah, dan memberikan pulangan yang boleh menandingi kadar inflasi. Agak sukar untuk mencari pelaburan yang kecairan tinggi dan dalam masa yang sama boleh mengatasi kadar inflasi, namun sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada kita peramkan duit itu di bawah bantal ataupun dalam akaun simpanan biasa. Tabung Haji, Bank Rakyat, Koperasi Tentera dan Bank Persatuan adalah contoh terbaik

(3)   Rendahkan taraf kehidupan. Jika sebelum ini, kita selalu makan di luar rumah ataupun restoren. Apa kata sesekali kita masak, dan boleh juga difikirkan jika ingin bawa bekal ke pejabat.

(4)   Rancang perjalanan dan penggunaan petrol. Jika sebelum ini kita sering meronda hanya untuk beli sesuatu barangan yang jumlahnya sedikit. Apa kata kali ini kita rancang sebaiknya. Kumpulkan barang yang ingin di beli dalam masa seminggu. Tulis dan catitkan pada kertas, letakkan dalam dompet, kumpul selama seminggu. Kemudian baru kita ke mana-mana pasaraya untuk membelinya. Jimat masa, tenaga dan tentunya belanja petrol.

(5)   Tingkatkan sumber pendapatan. Mahu tidak mahu kita perlu meningkatkan sumber pendapatan. Daripada satu sumber yang terhad, kita perlu perlbagaikan mengikut kepakaran masing-masing. Kepakaran boleh di bina jika kita ingin belajar dan mengamalkan apa yang kita pelajari itu.

Jika tidak mahu menurunkan taraf kehidupan, kita perlu meningkatkan sumber pendapatan. Sekian saja untuk kali ini, sampai jumpa lagi. Salam sayang dari Liza dan Luke

Ingin membeli produk kesihatan Shaklee dengan harga instimewa?
Ingin belajar menjana wang dengan barangan kesihatan yang terbukti berkesan, semulajadi, halal dan selamat?
Ingin memulakan perniagaan dari rumah secara online?
Ingin memulakan bisnes dengan modal serendah RM65?

Hubungi kami:
Liza dan Luke
Shaklee Inpendent Distributor ID: 1089476
013-2299319 (tel/sms/whatsapp)
jombahagia@gmail.com
www.jombahagia.blogspot.com