Thursday 26 December 2013

Jana Wang Dari Rumah

Bajet bulanan, tahunan dan bajet luar jangka

Tahun 2013 bakal meninggalkan kita dan 2014 bakal menjelma kira-kira seminggu lagi. Bajet tahunan perlu dikemaskini. Setiap bulan biasanya kita akan kemaskini bajet bulanan, bajet tahunan dan bajet luar jangka. Ketiga-tiga bajet ini perlu dimasukkan dalam tabung yang berbeza.

Bayaran bulanan persekolahan anak, perbelanjaan keperluan dapur, sewa rumah, bayaran takaful diri dan keluarga, dan bayaran ansuran kenderaan dikatogerikan sebagai perbelanjaan bulanan.

Bayaran awal tahun persekolahan, bayaran cukai pintu dan cukai taksiran, bayaran takaful dan cukai jalan pula adalah contoh bajet tahunan.

Manakala perbelanjaan renovasi rumah, perbelanjaan umrah dan haji adalah perbelanjaan, perbelanjaan perkahwinan anak-anak atau saudara mara dikatogerikan sebagai bajet luar jangka.

Hutang baik, kurang baik dan buruk

Dua hutang yang paling besar yang mungkin kita ada adalah hutang rumah dan juga hutang kenderaan. Hutang pula dikatogerikan kepada dua bahagian iaitu hutang baik dan hutang buruk. Hutang baik bermaksud hutang yang menambahkan nilai kehidupan kita, manakala hutang buruk mengurangkan nilai kehidupan kita.

Contoh hutang baik adalah hutang bagi membeli rumah untuk disewakan. Lebih baik jika perolehan sewa yang kita dapat secara bulanan melebihi daripada bayaran bulanan kita kepada bank. Manakala contoh hutang yang kurang baik adalah pembelian kereta yang semakin susut nilainya. Kurang baik sebab kita berhutang tetapi dalam masa yang sama kita tetap perlukan kereta. Lebih baik jika kita beli kereta secara tunai atau pinjaman dengan kadar yang minimum. Lebih buruk jika kita tidak terpaksa mengikat perut hanya semata-mata mahu membiayai sebuah kereta yang jarang-jarang digunakan.

Hutang yang amat tidak baik adalah hutang yang tidak memberikan apa-apa nilai tambah dalam hidup kita, contohnya berhutang bagi membeli gajet seperti telefon bimbit dan televisyen keluaran terbaru di pasaran. Tidak salah membelinya, cuma mengapa perlu beli keluaran terbaru secara hutang jika yang sedia ada masih elok untuk digunakan

Jana wang dari rumah

Banyak pilihan yang boleh kita lakukan bagi menjana wang dari rumah sama ada secara online ataupun offline, contohnya perniagaan kek dan pastri, perniagaan pakaian bayi dan kanak-kanak, menjual pakaian muslimah, menghasilkan buku elektronik dan sebagainya.

Produk boleh kita hasilkan sendiri ataupun boleh juga kita jual produk orang lain. Banyak syarikat yang bagi peluang kepada kita untuk menjadi agen perniagaan mereka. Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan minat dan masa kita. Antaranya adalah agen produk kesihatan sepertim mana yang kami buat ini, agen pelaburan seperti emas dan perak, agen hartanah, agen takaful perlindungan mahupun agen pakaian dan fesyen.

Selain daripada itu kita juga boleh menjana wang daripada perkhidmatan yang ditawarkan, contohnya khidmat memotong rumput pada hujung minggu, khidmat urut wanita bersalin ataupun khidmat pengangkutan seperti membawa penumpang dari Bangi ke KLIA.

5 lubuk emas

5 bidang yang akan sentiasa ada permintaannya adalah yang berkaitan dengan makanan, kesihatan, pendidikan, pakaian dan tempat tinggal. Gawat macam mana sekalipun manusia tetap perlukan 5 perkara ini.

Pemakanan adalah yang berkaitan dengan masakan, restoren, air minuman, pasar malam, roti, jajan, kedai runcit dan sebagainya. Manakala kesihatan melibatkan produk nutrisi, suplemen, urutan dan rawatan.

Pendidikan pula seperti mengajar kelas tuisyen, menulis dan menerbitkan buku, mengajar di sekolah mahupun di rumah, buat kelas bimbingan mengikut bidang kepakaran dan sebagainya.

Pakaian pula berkaitan dengan jahitan, sulaman, manik, baju, pakaian renang muslimah, keperluan anak-anak dan sebagainya, dan yang terakhir adalah tempat tinggal atau perlindungan seperti perkhidmatan rumah sewa, menyediakan bilik mahupun rumah tumpangan.

Lima lubuk ini adalah antara keperluan asas manusia. Jadi jika kita berada di antara mana-mana pintunya insyaAllah kita berada di landasan yang betul untuk mencipta mesin cetak wang. Cuma mungkin promosi perlu digiatkan bagi membuatkan pelanggan memilih kita sebagai tempat mereka mencari keperluan asas mereka. Ciptakan sebab mengapa mereka perlu berbelanja dengan kita.

Sertai kami jika anda berminat untuk menjana wang dari rumah, dari lubuk keperluan asas manusia yang berkaitan dengan kesihatan, kecantikan dan kecerdasan dengan memasarkan produk kesihatan jenama Shaklee ke seluruh Malaysia.

Bagi yang berminat boleh hubungi kami:
Liza dan Luke
Shaklee Inpendent Distributor ID: 1089476
013-2299319 (tel/sms/whatsapp)
jombahagia@gmail.com
www.jombahagia.blogspot.com