Saturday 21 December 2013

Sihat dan Masa Lapang

Di antara initipati khutbah Jumaat lepas (20 Dis 2013) adalah:

Dua nikmat yang sering kita abai dan leka iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang (Hadis riwayat Bukhari)

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu:
1. Masa sihat sebelum sakit
2. Masa kaya sebelum tua
3. Masa lapang sebelum sakit
4. Masa muda sebelum tua
5. Masa hidup sebelum mati (Hadis riwayat al Hakim)

Sihat dan masa lapang, dua nikmat yang hanya dimengerti oleh orang yang sakit dan orang yang sibuk. Hanya orang sakit yang benar-benar faham nikmat kesihatan. Tika sakit, segala nikmat lain kita tidak akan dapat menghayatinya. Contohnya bila sakit gigi, segala makanan yang manis kita tidak mahu sentuh. Begitu juga dengan masa lapang, hanya orang yang sibuk yang akan menghargai masa lapangnya. Contohnya seorang bapa yang sudah enam bulan belayar di samudera mencari rezeki, apabila pulang ke rumah dia akan menghargai sepenuhnya masa lapangnya bersama keluarga.

Semoga bermanfaat dan semoga kita sentiasa menghargai masa kini. Bak kata pujangga, semalam adalah pengalaman, esok belum pasti dan hari ini adalah kenyataan yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya

Liza & Luke
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Tel/sms/whatsapp: 013-2299319
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email: jombahagia@gmail.com