Thursday, 12 September 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 175)* *12 Sep 2019 9.30pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 175)*
*12 Sep 2019 9.30pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 97

قُلۡ مَن كَانَ عَدُوّٗا لِّـجِبۡرِيلَ فَإِنَّهُۥ نَزَّلَهُۥ عَلَىٰ قَلۡبِكَ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَهُدٗى وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 97

*****
قُلۡ مَن كَانَ عَدُوّٗا لِّـجِبۡرِيلَ فَإِنَّهُۥ نَزَّلَهُۥ عَلَىٰ قَلۡبِكَ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ

*TAJWID*

Beri perhatian pada 2 tempat:

1. جِبۡرِيلَ = Qalqalah = pantulan

Dengung yang panjang sedikit pada 2 tempat
1. مَن

2. فَإِنَّهُۥ

*****
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

قُلۡ = Katakanlah (Muhammad)

مَن = barangsiapa (yang)

كَانَ = telah adalah dia
telah = dulu
adalah = kini

عَدُوّٗا = musuh

لِّـ = bagi / kepada

جِبۡرِيلَ = Jibril
= جِبۡرَا  + عِيلَ = Abdullah

1. فَ = maka kerana
/ maka disebabkan
=ف السَّبَبِيَّة = ف yang bersebab

إِنَّ = sesungguhnya

هُۥ = nya / dia (Jibril)

نَزَّلَ = telah menurunkan / membawa turun
نَزَلَ = turun

هُۥ = nya (Al Quran)

عَلَىٰ = ke atas

قَلۡبِ = hati

كَ = kamu / engkau (Muhammad SAW)

بِ = dengan

إِذۡنِ = izin

ٱللَّهِ = Allah


*TADABBUR*

Al Baqarah: Ayat 32

قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 32

Tadabbur ayat 30-31
ILMU:
1. keutamaan
2. Kaedah menuntut ilmu = masa yang lama = perlukan kesabaran
3. Adab menuntut ilmu = sifat merendah diri = humble = hamba

Malaikat merendahkan diri = sujud = diangkat jadi mulia

Iblis menyombongkan diri, merasa dirinya mulia = dilaknat & dihinakan oleh Allah


*********
Ustaz Dr Shafie Md Amin
Buku "You Are The Best*
10.13pm

Merdeka
Hijrah

Az Zumar 39: 18

ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
-Sura Az-Zumar, Ayah 18


ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَٰبٗا مُّتَشَٰبِهٗا مَّثَانِيَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهۡدِي بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنۡ هَادٍ
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
-Sura Az-Zumar, Ayah 23

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

“Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya” (HR. Tirmidzi no. 2317, Ibnu Majah no. 3976 )

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه = tiada sembahan = no 1 penting = pengabdian selain Allah

Merdeka = Al Jumaah 62: 2
هُوَ ٱلَّذِي بَعَثَ فِي ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
-Sura Al-Jumu'ah, Ayah 2

Merdeka = وَيُزَكِّيهِمۡ =  dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat)

Jiwa kita belum merdeka jika banyak keraguan / kerisauan.

Merdeka = jiwa yang bersih & pergantungan hanya kepada Allah SWT = لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه

10.45pm ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat