Monday, 16 September 2019

*Kuliah Subuh* *Isnin 16 Sep 2019* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

*Kuliah Subuh*
*Isnin 16 Sep 2019*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita; nikmat kehidupan, nikmat awal tahun hijrah & juga nikmat kemerdekaan yang baru kita sambut

*"Sesiapa yang bangun pada waktu pagi dalam keadaan aman hidupnya, sihat tubuh badannya, ada makanan hariannya, seolah-olah dia telah memiliki dunia seisinya"*

3 nikmat asas kehidupan:
1. aman
2. kesihatan
3. rezeki & kecukupan

Nikmat keamanan = tiada kezaliman @ cenderung kepada kezaliman

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
-Sura Hud, Ayah 113

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
-Sura Hud, Ayah 114

لَقَدۡ كَانَ لِسَبَإٖ فِي مَسۡكَنِهِمۡ ءَايَةٞۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٖ وَشِمَالٖۖ كُلُواْ مِن رِّزۡقِ رَبِّكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لَهُۥۚ بَلۡدَةٞ طَيِّبَةٞ وَرَبٌّ غَفُورٞ
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.
-Sura Saba', Ayah 15

Rezeki telah yang dijamin oleh Allah & ibadah dituntut oleh Allah = Usaha atas urusan ibadat yang belum dijamin / dituntut oleh Allah & tawakkal kepada Allah atas rezeki yang telah dijamin olehNya

Nikmat aman, sihat & rezeki, adakah telah kita manfaatkan untuk mentaati Allah; contohnya solat berjamaah?

Bagaimana cara untuk syukur nikmat Allah? = istiqamah dalam ibadah & dalam kebaikan

*"Sesiapa yang solat subuh secara berjamaah, dia akan berada dalam perlindungan Allah sampai petang. Sesiapa yang solat isya secara berjamaah, dia akan berada dalam perlindungan Allah sampai pagi"* = nikmat keamanan yang dijamin oleh Allah

"2 rakaat solat sebelum solat subuh lebih baik daripada dunia & seisinya" = pahala yang kekal berbanding seisi dunia yang fana

Kepimpinan = anugerah = Allah akan beri

Tuhan beri apa yang kita cari

*Kesimpulan*
Syukuri nikmat aman dengan keimanan kepada Allah = iman yang penuh kefahaman & penghayatan kepada Allah.

Manfaatkan kemerdekaan & keamanan kita dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah sebagai persiapan kehidupan di sini yang sementara, lebih-lebih lagi sebagai bekalan kehidupan yang kekal di sana

"Sesiapa yang solat subuh secara berjamaah, kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, kemudian dia solat 2 rakaat ( = solat sunat israk), seolah-olah dia telah dapat pahala umrah yang sempurna"

7.10am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat