Friday 24 June 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 21)

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 21)
23 Jun 2016 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin & anak; Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.30pm

Sambungan
Al Baqarah 2:13

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?"


Kalkalah ada 5 huruf
ق ط ب خ د

القلقلة = Kalkalah = pantulan


وَ = dan

َإِذَا = apabila

 قِيلَ = telah dikatakan ia

لَ = kepada

َهُم = mereka

103.ْ آمِنُوا = berimanlah oleh kamu

104. كَمَا = sebagaimana

105. آمَنَ = telah beriman (ia)

 النَّاسُ = manusia

قَالُوا = telah berkata mereka

 أَ = apakah

106. نُؤْمِنُ = kami beriman

كَمَا = sebagaimana

 آمَنَ = telah beriman (ia)

107. السُّفَهَاءُ = orang2 yang bodoh


HOMEWORK MINGGU 20

Di pejabat itu ada tilam
فِيْ المَكتَبِ فِرَشٌ

Di rumah itu ada kopi
فِيْ البَيْةِ قَهْوَةٌ

Guna kaedah:
فِي قُلُوبِهِم مَرَصٌ
Di dalam hati-hati mereka (ada) penyakit


MUFRADAD TAMBAHAN

87. سَفِيهٌ = orang yang bodoh

88. مُدِيرٌ =
pengetua, pengurus, pengarah (R)

89. مُدِيرَةٌ =
pengetua, pengurus, pengarah (M)


TADABBUR

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِم
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka

أَنْعَمْتَ =
Engkau telah kurniakan nikmat
= senior = telah memberi nikmat olehMu = orang yang telah diberi nikmat, orang yang telah berjaya.

Siapa mereka?
An Nisa 4: 69

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh

Taat = cara untuk taat kena faham arahan = kena faham Bahasa Arab Al Quran


###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.15pm

Kita cuti kelas 2 minggu tapi Quran / Bahasa Arab Al Quran tidak cuti

Kita mengaji Bahasa Arab Al Quran setiap hari. Murajaah setiap hari

Ilmu mesti duduk di HATI dan LEKAT, bukan duduk di kertas2 sahaja

Ambil sedikit & ulang banyak kali setiap hari secara istiqamah

Puasa = kita harap Allah terima = Puasa untuk dapatkan TAKWA

Takwa = comply = patuh

Apa tanda Allah terima puasa = Semangat kita untuk belajar dan faham Al Quran makin meningkat

Ya Allah, moga saya makin istiqamah & makin sayang dengan Al Quran

Ya Allah bagi saya lebih bersungguh2 untuk belajar Al Quran & bagi saya dapat bawa orang lain sama belajar Al Quran

Al Imran 3: 110
(Bab 22 Buku You Are The Best)

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

2 syarat:
Suruh orang buat baik & larang orang buat buruk
Beriman

Istiqamah belajar Al Quran & ajak orang lain sama2 belajar

Makin ramai orang belajar Al Quran, makin banyak berkat Allah & makin mudah kita dapat faham insyaAllah

Quran adalah cahaya atas cahaya

Lailatulqadar = orang yang terbaik akan dapat = orang yang belajar Al Quran = Doa minta kita dapat istiqamah belajar Al Quran. Doa minta keampunan = Taubat = Belajar Al Quran

اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عني
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun & menyukai orang yang memohon ampunan, maka ampunilah aku

Benda paling bernilai = Belajar dan beramal dengan apa yang terkandung di dalam Al Quran

Ustaz mohon maaf jika ada salah dan silap. Jangan lupa baca doa naik kenderaan apabila pulang ke kampung & doa

بسم الله الذي لآيضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو اليميع العليم

ketika berhenti di mana2 persinggahan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat