Thursday 13 October 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 35) 13 Oktober 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 35)
13 Oktober 2016 9.15pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.15pm

MUFRADAD AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 22

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً

Beri perhatian pada
بِنَاءً = 2 harakat
مدّ العِوَض =
2 harakat = Wakaf = 2 fathah ( ً  )


الَّذِي = yang

175. جَعَلَ = telah menjadikan (ia)

لَ = bagi / untuk

كُمُ = kamu

الْأَرْضَ = bumi

176. فِرَاشًا =
(sebagai) hamparan

وَ = dan

السَّمَاءَ = langit

177. بِنَاءً = binaan

3 mufradad baru.
Ulang 1 mufradad baru 60kali setiap hari.
Mufradad lama ulang 10kali setiap hari

Baca Al Quran setiap hari, dan cuba terjemahkan ikut apa yang sudah belajar sebagai latihan harian. Boleh mula dengan mana2 surah

Cuba terjemahkan ayat 4:87 sebagai latihan

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

اللَّهُ = Allah

لَا = tidak

إِلَٰهَ = tuhan

إِلَّا = kecuali

هُوَ = Dia

ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ = himpunkan kamu

إِلَىٰ = ke

يَوْمِ = hari

الْقِيَامَةِ = kiamat

لَا = tidak

رَيْبَ = keraguan

فِيهِ = padanya

ۗ وَ = dan

مَنْ = siapa

أَصْدَقُ = lebih benar

مِنَ = daripada

اللَّهِ = Allah

حَدِيثًا = kata2

Alhamdulillah, kita dah belajar Al Fatihah hingga ayat 22 Al Baqarah & dapat terjemah (baca & faham) 90% ayat 4:87


LATIHAN MINGGU 35

Selamat datang! Apa khabar?
Alhamdulillah, khabar baik


MUFRADAD TAMBAHAN

97. الرَّابِعُ = yang keempat

98. جَامِعَةٌ = universiti


TADABBUR

Sambungan

Al Baqarah 2:4

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ


يُؤْمِنُونَ =
beriman = percaya = mesti faham bacaan Al Quran & Hadis

Beriman:
1. Mujmal = umum
2. Mufassal = detail

Kitab2 yang diturunkan dahulu sebelummu:
1. Taurat 48:29
2. Injil 48:29
3. Zabur 21:105
4. Suhuf Ibrahim 87:semua ayat

Beriman kepada Al Quran = beriman kepada kitab2 sebelumnya = dalam Al Quran ada semuanya

Dalil
Taurat & Injil
Surah 48 Fath : 29

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.


Zabur
21 Al Anbiya': 105

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

Suhuf Ibrahim
87 Al A'la : semua ayat

Ditangguhkan jam 10.06pm



###################
Ustaz Dr Shafie Md Shafie
10.06pm

Sambungan buku "You Are The Best"

Apa makna motivasi?
Alhidayah = Al Quran

Kenapa perlu motivasi?

Macam mana nak dapat?
Kena belajar Al Quran.
Dalil?
Ihdinassirotalmustaqim
zalikalkitab

Kita semua perlukan motivasi & motivasi mesti dari sumber yang betul


Hidayah Allah dah bagi pada semua. Dalil?
35 Al Fatir : 32

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

Zalim = tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya

Al Quran = perlu dibaca, difahami, diamalkan

Al Muzammil 73:4

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

1. Baca Quran dengan tartil
2. Faham Bahasa Arab Al Quran

Antara dosa besar yang kita tidak perasan adalah tidak faham Al Quran

Objektif hidup = taat pada Allah

Al Quran dalam Bahasa Arab agar kita berfikir
12 Yusuf :2

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Berjaya & diiktiraf oleh Allah = bertakwa.
Dalil?
49 Hujurat :13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Takwa = mematuhi peraturan

Hadis
"Khairukum man taallamal Quran"

Akhlak yang baik = Takwa

Apa penting sijil takwa = akhlak yang baik = terjamin masa depan

Fokus untuk jaminan hidup adalah akhlak = takwa

Bawa lagi orang2 yang dekat dengan kita untuk belajar Al Quran

10.31 ditangguhkan








No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat