Thursday 3 November 2016

Nota Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 38) 3 November 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 38)
3 November 2016 2016 9.15pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.15pm

MUFRADAT AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 23

وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Beri perhatian pada sebutan
وَادْعُوا

ا = boleh jadi "alif" atau "hamzah"h

Jika atas "alif" ada tanda "ء" & "ص",  maka ia adalah "hamzah"

ء = همزة قطع = putus / potong

ص = همزة وصل = sambung

Contoh:

كتاب الله = همزة وصل = kitabullah

كتاب أيمن = همزة قطع = kitabu aiman


MUFRADAT AL QURAN

وَ = dan

1. ادْعُوا = panggillah olehmu /
seru / ajak / dakwah

2. شُهَدَاءَ = saksi-saksi
Asal perkataan شهد = syahid = disaksikan oleh para malaikat bahawa dia ahli syurga. Dari titisan darah pertama dia sudah saksikan tempatnya di syurga

كُمْ = kamu

مِنْ = dari

3. دُونِ = selain

اللَّهِ = Allah

إِنْ = jika / sekiranya

كُنْتُمْ = telah adalah kamu

4. صَادِقِينَ = orang-orang yang benar

4 mufradat baru


MUFRADAT TAMBAHAN

مِصْبَاحٌ = lampu
 صباح = pagi
 صبح = subuh

ULANGKAJI / MURAJAAH

الكلمة ada 3 kategori iaitu:

اسم = kata nama

فعل = perbuatan

حرف = kata sendi / penyambung


اسم =  kata nama terbahagi kepada 2 iaitu:

المذكر = perkataan lelaki

المونث = perkataan perempuan


Contoh:

المذكر = محمد, كرسي


المونث = عاشة، زينب، طاولة

MURAJAAH

Ini laut
هذا بحر

Ini pokok
هذه شجرة

Ini minuman
هذا شراب

Ini kopi
هذه قهوة


Ini daging
هذا لحم

Ini peti sejuk
هذه ثلاجة

Ini rumah
هذا بيت

Ini meja
هذه طاولة

Ini kerusi
هذا كرسي

Ini sofa
هذه اَرِيكَةٌ

LATIHAN MINGGU 38

Ini laut (yang) besar
Ini pokok (yang) besar
Ini minuman (yang) lazat
Ini kopi (yang) lazat
Ini daging (yang) baru
Ini peti sejuk (yang) baru
Ini rumah (yang) kecil
Ini meja (yang) kecil
Ini kerusi (yang) selesa
Ini sofa (yang) selesa


TADABBUR

2:5
أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ


أُولَٰئِكَ = orang-orang itu

عَلَىٰ = di atas

هُدًى = perunjuk

 مِنْ = dari

رَبِّهِمْ ۖ  = Tuhan mereka


أُولَٰئِكَ = orang-orang itu
= المتقين = Almuttaqin:
1. Percaya pada yang ghaib
2. Dirikan solat
3. Infaq
4. Belajar & amalkan Quran
5. Ingat mati

Di atas petunjuk = bersungguh-sungguh

Dari Tuhan mereka =
1. Pujian / sanjungan kepada Tuhan tentang jaminan ke syurga
2. Peringatan dari Allah, bahawa hidayah adalah dariNya. Jangan sesekali pandang rendah pada orang lain

Kita menuju ke syurga, naik kenderaan Al Quran. Kita lihat orang lain tidak naik kenderaan yang sama, kita ajak kawan-kawan kita / orang lain tanda simpati kita padanya & tanda syukur kita pada Allah yang bagi kita hidayah

Ditangguhkan 10.20pm


###########
Ustaz Dr Shafie Md Amin

2: 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.




Doa = ketaatan
Syaratnya mesti taat pada Allah = taat pada Allah mesti belajar Al Quran

4 cara Allah perkenankan doa:
1. Bagi serta merta
2. Bagi pada masa kita benar-benar perlu
3. Allah tak bagi apa yang kita minta, tapi jauhkan musibah
4. Allah tangguhkan / simpankan apa yang kita minta di syurga

Tanda-tanda Allah sayang pada kita = kita istiqamah belajar Al Quran & sentiasa ajak rakan-rakan kita untuk ikut serta

Pelihara diri kita & ajak orang lain

Esok di Ampang 1 jam kelas, di Taman Nirwana. Buku "You Are The Best"







No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat