Thursday 27 April 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 62) 27 April 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 62)
27 April 2017 9.30pm
Dewan 3F-301 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

**********************
Ustaz Aiman Shafie
9.30pm

*MUFRADAT AL QURAN*

Sambungan
Al Baqarah 2: 34

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ

*****
Beri perhatian pada perkataan
إِبْلِيسَ = iblis =
ل = panjang 2 harakat
= mad arif lissukun


*****
Buku Kaedah Harfiyah ms 54

وَ = dan

إِذْ = ingatlah) ketika)
= telah berlaku / berlalu
اِذَا = apabila
= sedang berlaku
لَمَّا = tatkala

1. قُلْنَا = telah berkata kami

لِ = kepada

الْمَلَائِكَةِ = malaikat-malaikat

2. اسْجُدُوا = sujudlah olehmu (ramai)
= ramai apabila ada huruf  و

 لِ = kepada

آدَمَ = Adam

فَ = maka / lalu

3. سَجَدُوا = telah sujud mereka (ramai)

إِلَّا = kecuali / melainkan

4. إِبْلِيسَ = iblis

*****
Haraf jar
لِ = kepada
الْمَلَائِكَةِ = malaikat-malaikat
= ة baris bawah

Pengecualian bagi haraf jar
1. Adam = kekal baris = آدَمَ

*****
4 mufradat baru, ulang 60kali 1 mufradat baru, ulang mufradat laa 10kali setiap hari. Ulangkaji dengan bacaan ayat Al Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 ayat setiap hari


*TADABBUR*

2:15
اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

اللَّهُ = Allah

يَسْتَهْزِئُ = Dia memperolok-olok

بِهِمْ = akan mereka
Mereka = orang munafik

Kenapa Allah memperolok-olokkan orang munafik =
الجَزَاءُ مِن جِنْسِ العَمَل =
Balasan itu dari jenis perbuatan itu

الجَزَاءُ = balasan itu

مِن = dari

جِنْسِ = jenis

العَمَل = perbuatan itu

وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ


Contoh lain الجَزَاءُ مِن جِنْسِ العَمَل
2:276 (riba)
يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba

2:276 (sedekah)
وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ  وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.


7:163-166
7:166
فَلَمَّا عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ
Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

52:4
وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ
Dan demi "Al-Baitul Makmur";

وَ = dan
الْبَيْتِ = rumah
الْمَعْمُورِ = yang makmur

Al-Baitul Makmur = rumah Allah di langit ketujuh = setiap hari tidak kurang daripada 70 ribu malaikat tawaf di Al-Baitul Makmur = Nabi Ibrahim dapat berehat di Al-Baitul Makmur kerana baginda bina rumah Allah di bumi iaitu Kaabah


**********************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.19pm

Buku YATB ms 10 buku lama bab 2 "siapa itu manusia?"

15:29
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Manusia terdiri daripada jasad & roh
1. jasad = biologi
2. roh = psikologi = hati

Mana yang lebih penting?
Roh = hati, dalil
Ash Shu'ara 26:89

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

بِقَلْبٍ = hati = roh = psikologi

7 & 14 Mei 2017 kursus solat untuk semak kesihatan jasad & hati kita

Nak jaga jasad kita kena jaga roh / hati kita

"Di dalam anak Adam ada seketul daging, jika baik maka baik seluruh badan, jika rosak maka rosak seluruh badan, itulah HATI"




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat