Sunday 16 July 2017

Kuliah Subuh Ahad 16 Julai 2017 Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood

Kuliah Subuh
Ahad 16 Julai 2017
Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood
Surau An Najah TUJP

Hadis Nabi SAW "Orang yang paling dekat tempatnya denganku di akhirat kelak adalah ORANG YANG BAIK AKHLAKNYA"

Antara tujuan Nabi SAW diutuskan adalah untuk bentuk keperibadian & perbaiki akhlak

Tamadun sesuatu umat itu ditentukan oleh kekuatan akhlaknya

"Sesungguhnya / hanyasanya pengutusanku ini adalah untuk mempertingkatkan / menyempurnakan akhlak"

Sejarah kaum terdahulu runtuh disebabkan oleh kemusnahan akhlak kaumnya

Al Ahzab 33:71

يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 71


Baiki akhlak dengan berfikir tentang akhirat & bertaubat kepada Allah

Kejayaan = dunia & akhirat


يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
-Sura Al-Hadid, Ayah 12

"Bukan dari akhlak orang Islam yang sempurna orang tua yang tidak mengasihi kanak2 & orang muda yang tidak menghormati orang tua"

"Akhlak Nabi SAW adalah apa yang tercatat dalam Al Quran"

Tasawuf = sesiapa yang semakin tinggi akhlaknya semakin tinggi tasawufnya

Jika kita ingin bina tamadun, maka bina akidah, iltizam dengan ibadah & bina akhlak BERMULA DARI KELUARGA kita & masyarakat taman kita

Akhlak = nilai tamadun = ajaran Islam

"Kami ajar mereka dari sisi Kami (dengan taufik dan hidayah Allah)"

Raikan perbezaan pandangan

"Tidak kecewa orang yang beristikharah & tidak menyesal orang bermesyuarat"

Sejarah peperangan uhud, ramai sahabat yang meninggal & cedera kerana sesetengah yang tidak mengikut arahan, berbeza pendapat & tidak menghormati keputusan Nabi SAW

Sama-sama kita hidupkan akidah dalam hati, istiqamah dalam ketaatan & bina akhlak dalam kehidupan

Moga Allah bagi kita taufik dan hidayahNya untuk kita mengamalkan Islam dengan sempurna & sentiasa menjaga akhlak; yang tua mengasihi yang muda & yang muda menghormati yang tua insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat