Sunday 10 September 2017

Kuliah Subuh Ahad 10 Sep 2017 Ustaz Haji Zainal Arifin

*Kuliah Subuh*
*Ahad 10 Sep 2017*
*Ustaz Haji Zainal Arifin Haji Sharbini*
*Surau An Najah TUJP*
*Pengajaran Daripada Kisah di Dalam Al Quran*

Alhamdulillah rahmat Allah kita dapat sama2 solat berjamaah & mendengar kuliah

*Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya & subuh berjamaah. Jika mereka tahu kebaikan keduanya pasti mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak*

Orang2 munafik ini tandanya ada 3;
Bercakap bohong
Berjanji dimungkiri
Amanah dikhianati

+ Apabila bertengkar berlebih2an

Sesiapa yang menumpukan hatinya kepada hal2 keduniaan, dia akan dapat sehingga kekuburnya. Sesiapa yang tumpukan hatinya kepada akhirat, dia akan peroleh syurga seluas langit & bumi

Al Ankabut 29:69

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang *berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami*, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69

Umrah Sentuhan Qalbu = pengisian kerohanian oleh Ustaz Haji Zainal Arifin 13-23Dis2017 = Persada Oasis

*Sambungan Kisah Nabi Yusuf*

*Ringkasan / ulangkaji*
Mimpi Nabi Yusuf = wahyu
Pesan Nabi Yaakub = jangan ceritakan kepada adik beradik yang lain
Pakatan adik beradik kepada Yusuf & Bunyamin

Beri perhatian pada watak, perlakuan & ibrahnya, bukan pada nama & masanya

*Memberikan hiburan kepada seseorang itu = sedekah = pangilan yang baik & indah*

Nabi Yusuf menjadi menteri Mesir
Adik beradiknya datang bawa tukaran

= 2 watak manusia yang boleh kita perhatikan = yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Nabi Yusuf dikenali adik beradiknya kembali & disuruh pulang & bawa ayahnya untuk bertemu = bukan biadap tetapi pengajaran kepada adik beradiknya kerana:
Nabi Yusuf mereka dengki
Mereka tuduh ayahnya cepat lupa / tidak kuat ingatannya

Yusuf 12: 93-95

اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ
Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".
-Sura Yusuf, Ayah 93

وَلَمَّا فَصَلَتِ الْعِيرُ قَالَ أَبُوهُمْ إِنِّي لَأَجِدُ رِيحَ يُوسُفَ ۖ لَوْلَا أَنْ تُفَنِّدُونِ
Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): "Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangka aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".
-Sura Yusuf, Ayah 94

= mukjizat Nabi Yaakub dapat mencium bau Nabi Yusuf walaupun masih jauh
Mukjizat = perkara luar biasa yang berlaku pada Nabi / Rasul = yang melemahkan pihak lawan

Tempat & masa tidak diceritakan

Sambungan kepada tafsiran mimpi Nabi Yusuf pada ayat 4

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
-Sura Yusuf, Ayah 4

قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
-Sura Yusuf, Ayah 98

= 2 kesalahan anaknya kepada Nabi Yaakub
berbohong kata Nabi Yusuf dimakan serigala
tuduh ayahnya lemah akal

= anak2 jaga perasaan ibu & ayah

Berbeza cara maaf Nabi Yusuf = adik beradik, dengan Nabi Yaakub = ayah kepada anak2nya
***********

لَاحَوْلَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Kita tidak kuat, Allah yang bagi kita kekuatan

Kita banyak tak tahu, Allah yang bagi kita pengetahuan

Sebar2kan kebaikan untuk manfaat bersama

Ditangguhkan 7.45am

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat