Friday 13 April 2018

Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 107)* *12 April 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 107)*
*12 April 2018 9.30pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*MUFRADAT AL QURAN*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 61*


قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَىٰ بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ ۚ


Beri perhatian pada:

1. Sebutan ر
خَيْرٌ = ر nipis
sebab ada رْ sebelumnya

2. Sebutan ب
تَسْتَبْدِلُونَ = قلقلة = pantulan


*TERJEMAHAN HARFIYAH*

قَالَ = telah berkata (ia / Musa)
قَالَوا  = telah berkata (mereka)

أَ = apakah

1. تَسْتَبْدِلُونَ = kamu minta tukar
بدل = ganti / tukar = kata dasar
تَاسْتَبْدِلُونَ = tulisan asal
است = minta
غفر = ampun
استغفر = minta ampun
ت = kamu
ت + ون = kamu semua (ramai)
أنيت = saya, kami, ia, kamu

الَّذِي = yang

هُوَ = ia / makanan / sayur2an

2. أَدْنَىٰ = lebih rendah / hina

بِ = dengan

الَّذِي = yang

هُوَ = ia = المن والسلوا

3. خَيْرٌ ۚ = yang lebih baik

Bani Israel minta tukar makanan yang lebih baik kepada makanan
yang kurang baik

Umat Islam jangan ikut contoh ini. Jangan tukar kaji & belajar benda lain melebihi kaji & belajar Al Quran


*TADABBUR*

Al Baqarah
3 kumpulan : ayat 1-20

1 kumpulan : ayat 21 = الناس
1 misi = عبادة = اعبدوا
1 Tuhan = ربكم
Jasa:
1. Beri kehidupan kepada manusia
الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ

2. Beri tempat tinggal
الْأَرْضَ فِرَاشًا

3. Beri perlindungan
وَالسَّمَاءَ بِنَاءً

4. Beri rezeki
رِزْقًا لَكُمْ


تتقون = Almuzammil : 17

فَكَيْفَ تَتَّقُونَ إِنْ كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 17

تَتَّقُونَ = selamatkan diri kamu (dari neraka)

Tujuan ibadah = selamatkan diri daripada neraka = selamat dari neraka = dapat syurga

Jika dapat syurga, belum tentu tidak dimasukkan ke dalam neraka. Ada yang kena masuk neraka dahulu sebelum dapat masuk syurga

*Hamba*
1. Tidak taat & dimurkai
2. Tidak taat & dimaafkan
3. Taat & dimurkai
4. Taat & tidak dimurkai
5. Taat & tidak dibayar
6. Taat & dibayar

*Tuan*
1. Adil
2. Pemurah
3. Zalim
4. Adil
5. Adil
6. Sangat Pemurah

Dengan ibadah, paling tinggi dapat tidak masuk neraka / selamat dari neraka. Syurga akan dapat dengan *rahmat & kurniaan daripada Allah* = Allah Sangat Pemurah

Hubungan Allah & manusia = hubungan Tuan dengan hamba, bukan hubungan tuan dengan pekerja

Allah dah tahu semua keperluan kita, tetapi kita sebagai *hamba* perlu sentiasa minta kepada Allah

10.30pm ditangguhkan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat