Saturday 23 March 2019

*Kuliah Subuh* *Sabtu 23 Mac 2019* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Khairul Anuar* *Asmaulhusna*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 23 Mac 2019*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Khairul Anuar*
*Asmaulhusna*

Alhamdulillah moga permulaan yang baik = solat subuh berjamaah & duduk dalam kuliah akan memberikan pengakhiran yang baik = husnul khatimah, insyaAllah

67. ٱلۡوَٰحِد
Al Wahid = Yang Maha Esa / Tunggal, pada zat, sifat & af al = perbuatan

لَّوۡ أَرَادَ ٱللَّهُ أَن يَتَّخِذَ وَلَدٗا لَّٱصۡطَفَىٰ مِمَّا يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُۚ سُبۡحَٰنَهُۥۖ هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡوَٰحِدُ ٱلۡقَهَّارُ
Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
-Sura Az-Zumar, Ayah 4

Esa Allah:

1. Esa pada zat, sifat & af al = perbuatan.
Tidak setara / sebanding dengan sesuatu. Makhluk boleh dibanding-bandingkan

2. Tidak beranasir / berjuzuk / bercantum. Mahkluk itu beranasir

3. Esa pada pemerintahan & pentadbiran = tidak berkongsi

لَوۡ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا ٱللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلۡعَرۡشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
-Sura Al-Anbiya', Ayah 22

4. Tidak berteman / berpasangan & tidak beranak / diperanakkan

مَا ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ مِن وَلَدٖ وَمَا كَانَ مَعَهُۥ مِنۡ إِلَٰهٍۚ إِذٗا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَٰهِۭ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖۚ سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ
Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 91


68. ٱلصَّمَدُ
As Shomad = Yang Maha diperlukan oleh makhluk / dihajati / tempat bergantung harap

Surau Al Ikhlas 122: 2

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
-Sura Al-Ikhlas, Ayah 2

Mukhlis
Muklas

3 golongan manusia:
1. Berpegang kuat, tetapi ranting raput = tidak selamat
2. Berpegang tidak kuat, ranting kuat = tidak selamat
3. Berpegang kuat & ranting kuat = selamat

Kita perlukan Allah dalam setiap detik kehidupan kita = ikhlas


وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِيٓ أَسۡمَٰٓئِهِۦۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
-Sura Al-A'raf, Ayah 180


قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَٰنَۖ أَيّٗا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَلَا تَجۡهَرۡ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتۡ بِهَا وَٱبۡتَغِ بَيۡنَ ذَٰلِكَ سَبِيلٗا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
-Sura Al-Isra', Ayah 110

Bergantung dengan Allah = kita akan kuat

Bergantung dengan selain Allah = akan lemah

Manusia apabila dia merasa dirinya kuat = sebenarnya dia lemah = kerana bergantung dengan dirinya sendiri

Manusia apabila merasa dirinya lemah = sebenarnya dia kuat = kerana *bergantung dengan Yang Maha Kuat = Allah*

Tolong menolong dalam hal kebaikan. Tolong menolong / bantu membantu itu dibolehkan

*Apa sahaja hajat / perlakuan kita, letakkan Allah didepan, walau sekecil mana urusannya = ikat pergantungan kita hanya kepada Allah*

Allah tidak perlukan kita, kita yang perlukan Allah

Nasihat seorang guru pesantren kepada anaknya:
Nak buat apa sekalipun, report / bagitahu / maklumkan kepada Allah Taala dahulu

7.18am ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat