Thursday 4 July 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 165)* *4 Jul 2019 9.40pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 165)*
*4 Jul 2019 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*
Sambungan
Al Baqarah 2: 91
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُواْ نُؤۡمِنُ بِمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَيَكۡفُرُونَ بِمَا وَرَآءَهُۥ وَهُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَهُمۡۗ قُلۡ فَلِمَ تَقۡتُلُونَ أَنۢبِيَآءَ ٱللَّهِ مِن قَبۡلُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 91
*TAJWID*
قُلۡ فَلِمَ تَقۡتُلُونَ أَنۢبِيَآءَ ٱللَّهِ مِن قَبۡلُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
قُلۡ = katakanlah
فَ = maka / lalu
1. لِمَ = mengapakah
تَقۡتُلُونَ = kamu membunuh
قَتَلَ = bunuh
أَنۢبِيَآءَ = nabi-nabi
نَبِيٌّ = nabi
ٱللَّهِ = Allah
مِن = daripada
2. قَبۡلُ = sebelum ini
إِن = sekiranya
كُنتُم = telah adalah kamu
= كَانَ + أَنتُم
مُّؤۡمِنِينَ = orang-orang yang beriman
2 mufradat baru
*MUFRADAT TAMBAHAN*
1. سَاعِدْنِي = tolong saya (L)
سَاعِدِنِي = tolong saya (P)
kata dasarnya adalah:
سَعْدٌ = سَعَادَة = bahagia
*******
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.15pm
Buku You Are The Best ms 197 Bab 34 kenapa manusia takut mati
Al-Fath 48:11
سَيَقُولُ لَكَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ شَغَلَتۡنَآ أَمۡوَٰلُنَا وَأَهۡلُونَا فَٱسۡتَغۡفِرۡ لَنَاۚ يَقُولُونَ بِأَلۡسِنَتِهِم مَّا لَيۡسَ فِي قُلُوبِهِمۡۚ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ لَكُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا إِنۡ أَرَادَ بِكُمۡ ضَرًّا أَوۡ أَرَادَ بِكُمۡ نَفۡعَۢاۚ بَلۡ كَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرَۢا
Orang-orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya).
-Sura Al-Fath, Ayah 11
مَشْغُولٌ = شَغَلَ = شغول = kerja = sibuk
Allah akan jaga orang yang jaga Allah = keutamaan Allah / Islam / Al Quran = utamakan Al Quran dalam kehidupan kita & insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita = work smart
Utamakan yang utama = Al Quran, Allah akan permudahkan urusan kita insyaAllah
Pagi mulakan dengan Al Quran, petang / malam mahirkan bahasa Al Quran = work smart
10.40pm ditangguhkan



No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat