Thursday 20 August 2020

*Kuliah Subuh Maal Hijrah* *Khamis 20 Aug 2020 / 1 Muh 1442* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

 *Kuliah Subuh Maal Hijrah*

*Khamis 20 Aug 2020 / 1 Muh 1442*

*Surau An Najah TUJP*

*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*


Selamat tahun baru hijrah

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah kepada kita semua, juga cabaran dan ujian daripadaNya agar sentiasa mengingatkan kita kepada Pencipta


Kehidupan = anugerah pemberian Tuhan kepada hambaNya


Dari alam ruh, rahim, dunia, kubur, barzakh, mizan, sirat & syurga / neraka


Sebagai hamba / insan = kita perlu tahu objektif kehidupan kita = kenapa kita dijadikan & kemana kita akan pergi


Muharram = antara bulan-bulan haram dalam Islam. Digalakkan perbanyakkan puasa, terutama pada 9-10 Muharram


Perbanyakkan salawat kepada Nabi SAW


An Nisa 4: 100

۞وَمَن يُهَاجِرۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يَجِدۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُرَٰغَمٗا كَثِيرٗا وَسَعَةٗۚ وَمَن يَخۡرُجۡ مِنۢ بَيۡتِهِۦ مُهَاجِرًا إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ يُدۡرِكۡهُ ٱلۡمَوۡتُ فَقَدۡ وَقَعَ أَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

-Surah An-Nisa', Ayah 100


= jaga kehidupan & martabatkan agama


Dan *sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam)*, nescaya 

(a) ia akan dapati di muka bumi ini *tempat berhijrah yang banyak* dan

(b) *rezeki yang makmur*; dan

(c) sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan *berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah*. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

-Surah An-Nisa', Ayah 100


Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya (dengan izin Allah)


ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرٗا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana *sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri*. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

-Surah Al-Anfal, Ayah 53


Perubahan perlu ada

(a) Niat = kesungguhan

(b) Ilmu

(c) Pengalaman


Perlu sentiasa berubah kearah kebaikan


Sesiapa yang umur telah 40 tahun tapi keburukan lebih banyak daripada amalan kebaikan maka dia dalam bahaya 


Kita perlu sentiasa bergerak / berubah ke arah kebaikan dalam menuju Allah & kehidupan yang kekal di sana


Kisah penggali kubur, dengan kubur yang diluas / dilapangkan oleh Allah kerana:

(a) Anak 1 = Penuntut ilmu

(b) Anak 2 = Membantu / membelanjakan orang yang menuntut ilmu (anak 1)


Syeikh Abdul Razak Al Ghafar = sheikh dari Syiria = berhijrah dari penggali kubur kepada penuntut ilmu & menjadi orang berilmu


Menuntut ilmu hingga ke akhir usia


Ada yang berhijrah ke pondok / madrasah / pesantren selepas pencen = hijrah


Hijrah kerana Allah dan Rasul SAW = berhijrah dari satu tempat ke tempat lain kerana mencari redha Allah SWT


Rebut & cari kebaikan


Berubah & sentiasa bertaubat / mensucikan diri


Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani = sentiasa / kembali bertaubat / kembali kepada Allah = onak, duri, ranjau perlu direntas sepanjang perjalanan kehidupan. Sentiasa ingat Allah & sentiasa kembali kepadaNya


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ  

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali


Sentiasa bergantung harap kepada Allah


Usia kita semakin bertambah, apa yang kita nak & apa yang kita cari dalam kehidupan ini?


Sama-sama kita nilai & perbaiki kehidupan kita ini


7.17am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat