Sunday 20 September 2020

*Kuliah Subuh* *Ahad 20 September 2020*

*Kuliah Subuh*

*Ahad 20 September 2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Zulfirdaus Zakaria*
*Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Rasulullah SAW*

Syukur pada Allah atas nikmat iman dan islam yang dianugerahkan kepada kita

Alhamdulillah atas nikmat dapat mengimarahkan rumah Allah & dapat duduk dalam taman syurga. Moga ia menjadi amal / bekalan buat kita di kehidupan yang kekal di akhirat

"Beruntunglah orang yang lihat aku (Rasulullah SAW) & beriman kepadaku (yakni para sahabat Nabi SAW), beruntunglah lagi (3 kali disebutkan) orang yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak melihat aku"
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Dikalangan umatku, mereka sangat kasih kepadaku, mereka datang selepas kewafatanku, mereka bercita-cita melihat aku"

InsyaAllah sama-sama kita hadir ke rumah Allah, imarahkan & ikuti sunnah Nabi SAW. Tingkatkan amalan & istiqamah. Buat kerana Allah SWT & ikut cara Nabi SAW

"Aku rindukan ikhwanku (saudaraku), kamu sahabat aku, sedangkan *saudaraku adalah mereka yang tidak pernah bertemu denganku tetapi mereka beriman kepadaku*" = syukur pada Allah atas nikmat iman, islam & saudara dengan Nabi SAW

*Sambungan Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Rasulullah SAW*
ms 38 no 4

4. Memuliakan / membesarkan zat & suruhannya ketika menyebut namanya, rasa rendah & hina diri apabila mendengar nama Baginda SAW

Apabila disebut nama Rasulullah SAW bergetar hati & disambut dengan selawat

Sallallahualaihiwasallam
صلى الله عليه وسلم
Sejahteralah ke atas baginda
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Abdullah bin Zubair RA diminta untuk buang darah bekam Nabi SAW, tapi dia minum. "Darah yang bercampur dengan darah Nabi tidak akan disambar oleh api neraka" = khususiat Nabi SAW. Peluh Nabi SAW wangi melebihi haruman kasturi

Abdul Rahman bin Qasim apabila sebut nama Nabi SAW mukanya pucat & lidahnya kering kerana gerun kepada Nabi SAW = anak murid imam Malik

Guru yang baik akan hasilkan murid yang baik

Imam Malik tengah mengajar & menitis air matanya kerana digigit kala jengking. Apabila ditanya kenapa tidak berhentikan kuliah & halau kala jengking. Jawabnya "aku malu kepada Nabi SAW*

Imam Malik guru hasilkan murid Abdul Rahman bin Qasim

Abdullah bin Zubair RA apabila disebut nama Rasulullah SAW, beliau menangis sehingga kering air matanya

InsyaAllah akan disambung dengan point kelima

Apabila disebut nama Rasulullah SAW sambut dengan selawat

Sallallahualaihiwasallam
صلى الله عليه وسلم
Sejahteralah ke atas baginda
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

7.02am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat