Saturday 9 April 2016

Nota Kuliah Bahasa Arab Al Quran (Minggu 10)

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 10)
7 April 2016 9.15pm
Dewan 3F-301 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin & anak; Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
9.15pm

Syukur pada Allah kerana dapat berjumpa lagi

Dewan baru. Kita cuba kali pertama. Kalau kurang selesa kita bincang

POSITIF MINDSET

1. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

2. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

3 قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

4. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

5. لَاحَولَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

6. بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ

7. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Ataupun selawat penuh seperti dalam bacaan tahiyyat akhir

Amalkan setiap hari & ajarkan anak2 agar baca/amalkan setiap hari

Baca dengan HATI = baca dengan penuh keazaman

Contohnya:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم =
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
= We need Allah very much

Istiqomah dalam belajar Al Quran

Stress=tanda dosa
Dalil
arradu 13:28

Stress=dayyik=sempit = صَيِّق

Dosa=tidak memenuhi 2 syarat; Ikhlas, ikut peraturan Al Quran dan Sunnah

Ikhlas=buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan=SALAH

Ikhlas=buat sesuatu ikut peraturan Al Quran dan Sunnah=BETUL

Dalil ikhlas
Ikhlas Albayyinah 98:ayat 5

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

Surah Al Isra'
Buat baik pada diri sendiri akan kembali pada diri sendiri

Allah nilai kita berdasarkan AMAL=USAHA

Semua result/keputusan milik Allah

Kalau kita pegang pada USAHA bukan KEPUTUSAN kita akan tenang

Buat sahaja=AMAL=USAHA,  keputusan milik Allah

Soalan:
Allah bayar gaji dengan segera atau di akhirat?
Currency/Cara bayaran?
Kenapa stress itu dosa?
Sambung minggu depan (minggu 11)

Kekalkan motivasi belajar Bahasa Arab Al Quran & ajak kawan2 lain


###################
Ustaz Aiman Shafie
9.42pm

Sambungan
Al Baqarah 2 ayat 3

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.


الَّذِينَ = Orang2 yang

40. يُؤْمِنُونَ = mereka beriman

بِ = dengan

41.  ِالْغَيْبِ = yang ghaib

وَ = dan

42. وَيُقِيمُونَ = mereka mendirikan

43. الصَّلَاةَ = solat


Huruf2 Al Qomariah
ا ب غ ح ج ك و خ ف ع ق ي م ه =

اِبْعِحَجَّكَوَخَفْعَقِيمَه =
Ib ghi hajjaka wa khop aki mah

Selain huruf ini As Syamsiah


JAWAPAN HOMEWORK MINGGU 9

9. Ini Ahmad, dan ini (pula) Aisyah,  dan ini (pula) Karim
= هَذَا احمد، وهَذِهِ عائشة، وهذا كريم

10. Siapakah ini? Ini Fatimah dan siapakah ini? Ini Muhammad
= من هذه؟ هذه فاطمه. ومن هذا؟ هذا محمد


HOMEWORK BARU

11. Adakah awak Ahmad?
Ya, saya Ahmad.
Dan adakah awak Mahmud?
Tidak, saya Umar

12. Adakah awak Maryam?
Ya,  saya Maryam.
Dan adakah awak Alya?
Tidak, saya Zainab


MUFRODAD BARU

50. شَرَابٌ = sya ro bun = minuman

51. لَذِيذٌ = la zi zun = sedap,  lazat

52. كَذَلِك  = juga = ka za li k/ka/ki

Kazalik=aiydon=juga
Kazalik lebih tinggi/tepat

ك ذلك = seperti itu = كذلك = juga


53. قُم = berdirilah,  bangunlah
= kum (R)

54. قَومِي = berdirilah,  bangunlah
=  kumi (M)



55. وَرَقَةٌ =  kertas,  daun
= wa ra ko tun



TADABBUR

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

رَبِّ = Tuhan = المربي = almurabbi
= تربية = tarbiah = pendidikan

Tuhan = Pendidik = Pengajar sekelian alam

Allah Maha Tahu macam mana nak didik seseorang / sesiapa / apa sahaja

10.32 tangguh











No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat