Thursday 28 April 2016

Nota Kuliah Bahasa Arab Al Quran (Minggu 13)

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 13)
28 April 2016 9.25pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin & anak; Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.25pm

Al Baqarah 2:5

أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


53. أُولَٰئِكَ = orang-orang itu

عَلَىٰ = di atas

هُدًى = petunjuk

مِنْ =  daripada / dari

رَبِّ = Tuhan / Yang Memelihara

هِمْ ۖ  = mereka

وَ = dan

أُولَٰئِكَ = orang-orang itu

هُمُ = mereka

54. الْمُفْلِحُونَ = orang-orang yang beroleh kemenangan


HOMEWORK

Jawapan Minggu 12:

Siapakah awak? Saya Hamzah
Dan siapa (pula) awak? Saya Aiman

مَن اَنتَ؟ اَنَا حَمزَه
وَ مَن اَنتَ؟ انا ايمن

Siapakah ini? Ini Ruqayyah.
Dan siapa (pula) ini? Ini Usman

مَن هَذِهِ؟ هَذِهِ رُقَيَّة
وَ مَن هَذَا؟ هَذَا عثمان

Homework Baru:

Siapakah awak? Saya Syafie
Dan siapakah ini? Ini Hafizah

مَن أنتَ ؟ أنا شفيع
وَ مَن هذِهِ ؟ هَذِهِ حفيذه



Mufradad Tambahan

67. طَاوِلَةٌ = meja

مَكتَبٌ = meja (tulis)

68. نَافِذَةٌ = tingkap

69. قَلَمٌ = pen

70. يَا = wahai

71. أَلَيْسَ كَذَلِكَ = Bukankah begitu



TADABBUR

الرَّحْمَٰن
1 rahmat di dunia

ِ الرَّحِيمِ
99 rahmat di akhirat


Syarat untuk dapat rahmat di akhirat kena belajar Al Quran


Dalil

Ar Rahman 55: 1-2

الرَّحْمَٰنُ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

"Siapa dapat syurga dunia,  akan dapat syurga akhirat"

Syurga dunia = hidup bahagia = hidup yang baik
Dalil?

An Nahl 16:97

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.


Bahagia di hati

Ash Shu'ara 26:89

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);


Ar Ra'd 13:28

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Zikir?
Al Hijr 15:9

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Siapa yang mahukan syurga akhirat,  perlu dapatkan syurga dunia

Syurga dunia = hidup bahagia = hati tenang = zikir / ingat pada Allah = belajar,  baca, mendalami,  memahami Al Quran

10.30 ditangguhkan








No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat