Saturday 17 September 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 31) 15 September 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 31)
15 September 2016 9.20pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.20pm

MUFRADAD AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 19

يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ ۚ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ

Bacaan
1. Tebal: 8 keadaan
a) baris fathah = atas
b) baris dhammah = depan

2. Nipis: 4 keadaan
a) baris kasrah = bawah

3. Boleh pilih tebal / nipis: 2 keadaan

148. يَجْعَلُونَ = mereka menjadikan

149.  أَصَابِع = jari-jari

َهُمْ = mereka

فِي = di dalam

150. آذَان = telinga-telinga

ِهِمْ = mereka

مِنَ = dari / daripada

151. الصَّوَاعِقِ = suara-suara petir

152. حَذَرَ = (kerana) takut

153. الْمَوْتِ = maut

 ۚ وَ = dan

اللَّهُ = Allah

154. مُحِيطٌ = yang melingkungi

ب = akan

155. ِالْكَافِرِينَ = orang-orang yang kafir

8 mufradad baru Al Quran. Hafal dan ulang setiap hari 60kali mufradad baru. Mufradad lama ulang 10kali setiap hari


MUFRADAD TAMBAHAN

94. مَرحَبًا = selamat datang
= ahlan wasahlan


JAWAPAN LATIHAN MINGGU 30

1. Dimanakah pengarah?
أَينَ المُدِيرُ

مُدِيرٌ = المُدِيرُ
untuk tukar kepada nama khusus @ "pengarah itu"


Dia di rumah
هُوَ فِي البَيْتِ

بيتٌ = بيتِ
sebab ada في

بيتٌ = بيتِ = البَيْتِ
untuk tukar kepada nama khusus @ "rumah itu"


2. Adakah anda seorang guru?
هل انت مُدَرِّسٌ

Tidak, saya seorang pelajar
لا، انا طالب / طالبة


TADABBUR
sambungan surah Al Baqarah 2: 3

وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ

Rukun Islam yang kedua "mendirikan solat"

"Mendirikan"  =
1. menekankan unsur2 dalaman, jaga solat
2. Berdiri & baca Al Quran

وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ


96:19
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ ۩
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Wasjud waktarib

Waakimissolah talizikri

Macam mana nak ingat Allah?

Macam mana nak ingat kekasih?
Kita baca surat2 / message2 dengan berubah mimik muka

Kita baca surat2 / message2 Allah, ada perubahan tak pada riak wajah / muka kita?

Jika kita faham intipati solat, bacaan dalam solat, kita akan menghayati bacaannya, tandanya akan berubah mimik muka / nada bacaan kita

10.15 tangguh

##################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.16 pm

Alfahmu = kefahaman, kebolehan membuat keputusan

Al Anbiya 21: 79

فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَاعِلِينَ

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

الفِقْهُ = kefahaman

التَّوَصُّلّ إلئ علم غا يب

Sains = ilmu pemerhatian
Sign = tanda

Sains dalam Islam =

Kesimpulan
1. Subhanallah
2.

Tiap yang berlaku kita nampak kebaikan Allah

Bila masa kita rasa nikmat bernafas? = bila kita sesak nafas

Jika kita nampak & hayati / syukuri nikmat Allah, kita akan khusuk dalam setiap amalan yang kita lakukan

10.35 ditangguhkan








No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat