Friday 9 September 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 30) 8 September 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 30)
8 September 2016 9.20pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.20pm

MUFRADAD AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 19

أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ

Beri perhatian pada sebutan
كَصَيِّبٍ

كَ = sebutan nipis
صَ = sebutan tebal

Beza sebutan tebal / nipis boleh merubahkan makna ayat, contoh:

مرقص = kelab malam
مركز = markaz

144. أَوْ = atau

كَ = seperti

145. صَيِّبٍ = hujan lebat (keras)

Tambahan bahasa arab 2:265
وَابِلٌ = hujan lebat (lembut)
فَطَلٌّ = gerimis

مِنَ = dari

السَّمَاءِ = langit

فِي = pada / didalam

هِ = nya

ظُلُمَاتٌ = beberapa kegelapan

وَ = dan

146. رَعْدٌ = guruh

وَ = dan

147. َبَرْقٌ = kilat


JAWAPAN LATIHAN MINGGU 29

1. Adakah anda setiausaha di pejabat ini?

هل أنت أمين السّر في هذا المكتب ؟

Ya, saya setiausaha di sini

نعم، أنا أمين السّر هنا

LATIHAN MINGGU 30

1. Dimanakah pengarah?
Dia di rumah

2. Adakah anda seorang guru?
Tidak, saya seorang pelajar


TADABBUR

Sambungan

Al Ma'idah 5: 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Minggu lepas tentang perbezaan berkenaan tertib & basuh / sapu kaki. Minggu ini sambungan berkenaan sentuh wanita batal wuduk atau tidak

لَمَسْتُمُ = sentuh

لَمَسْتُمُ
ل panjang 2 harakat
ا ada kecil

لَامَسْتُمُ = sentuh lama / hubungan suami isteri
لا panjang

Mazhab Hanafi (MH) kata sentuh tidak batal (ل), hubungan suami isteri (لا) yang batal

Mazhab Syafie (MS) kata sentuh batal kerana kiraat lain bacaan ل pendek (sentuh) bukan ل panjang @ لا (hubungan suami isteri) kerana kiraat saling menyokong @ tidak boleh berlawanan

Hadis berkenaan Nabi SAW kucup Aisyah RA dan terus solat tanpa ambil wuduk

MH kata hadis sahih kerana sanad betul / sahih
MS kata hadis dhoif kerana sanad tidak sahih

MS kata ianya perbuatan khusus untuk Nabi
MH kata untuk Nabi SAW & ikutan semua umat

MMaliki & MHambali berpendapat pertengahan / diantara MH & MS = Batal wuduk jika sentuh dengan ada ghairah. Tidak batal wuduk jika sentuh yang tiada ghairah

Pemahaman perbincangan berdasarkan ayat Al Quran dan Hadis membuatkan kita lebih terbuka dengan kepelbagaian mazhab, pendapat, saling terbuka dalam menerima pendapat & pemahaman masing2 dengan tenang

10.17 tangguh


##################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.18 pm


Al Anbiya 21: 79

فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَاعِلِينَ

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Faham=dapat buat keputusan yang betul

Keputusan tepat berdasarkan maklumat akan datang, bukan berdasarkan apa yang telah berlaku

Siapa tahu maklumat akan datang = Allah, dalil? ayat kursi

"yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka"

2:255

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Makan kerana lapar = keputusan salah
Makan kerana Allah = keputusan betul

Kenapa berniaga?
Berniaga bukan kerana untung tapi kerana Allah.
Apa beza berniaga kerana Allah dan berniaga kerana untung? (sambung kemudian)

Syirik umpama semut hitam dimalam yang gelap gelita

InsyaAllah dengan belajar Al Quran kita akan dapat menghindarinya

Terima kasih kepada yang menyumbang untuk korban di Maahad Tahfiz. InsyaAllah ibadah korban akan dilakukan pada hari Selasa, bermula jam 3 pagi sampai subuh. 13 ekor lembu & 16 ekor kambing. Sebahagian akan diagihkan kepada fakir miskin & sebahagian lagi untuk kegunaan pelajar2 di maahad tahfiz






No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat