Tuesday 8 August 2017

Kekeluargaan Islam

Kuliah Magrib
Selasa 8 Aug 2017
Surau An Najah TUJP
Ustaz Dr Lukman (USIM)
Fiqh Almanhaj
Kekeluargaan Islam
ms 65 Pekahwinan

Proses perkahwinan
Awal = peminangan

Proses Peminangan:
1. Kenal pasti bakal tunang
2. Melihat bakal tunang
3. Meminang = bertunang

*Mencari sifat yang dikehendaki:*
1. Penghayatan agama & akhlak mulia
Akhlak = gabungan akidah & syariat
Akidah = kepercayaan
Syariat = perlakuan ibadah
Akhlak = hasil / buah daripada akidah & syariat

"Aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak"

Agama & akhlak baik insyaAllah lain-lain akan baik

"Jika ada seseorang meminang anak kamu; baik agama & akhlaknya maka terimalah ia, jika tidak akan berleluasanya fitnah & \
 kerosakan"

"Dikahwini seseorang itu kerana 4 perkara; harta, keturunan, kecantikan & agama. Maka pilihlah yang beragama kerana kamu memerlukannya"

Lelaki = mesti kuat & amanah = integriti

2. Keturunan yang baik
"Jauhilah "hadrau daman" = rumput yang subur diatas padang yang berlekuk = perempuan cantik yang hidup ditempat yang tidak baik"

3. Bukan kaum kerabat
3 sebab
a. Untuk sambung silaturrahim, 
b. suka / keinginan
c. putus silaturrahim bila bercerai
"Jangan (tidak digalakkan) kahwini kerabat yang dekat, kerana akan lahirkan zuriat yang lemah"

4. Sekufu = sama
"Pilihlah benih & tempat yang subur & perempuan2 yang sekufu"

= sama taraf agama & kesolehan
= sama taraf pekerjaan
= fizikal sempurna

Sekufu adalah hak isteri & wali2nya bagi menjamin kelangsungan rumahtangga

Namun bakal isteri & walinya boleh gugurkan syarat sekufu

5. Anak dara = perempuan yang belum pernah berkahwin
"Kahwinilah wanita perawan, kerana lembut tutur kata, ramai anak & lebih redha dengan yang sedikit"

Perkataan vs perbuatan Rasulullah SAW jika ada percanggahan utamakan perkataannya

6. Wanita yang subur = lihat melalui saudara maranya

Rasulullah SAW berbangga dengan ramainya umatnya

Orang yang ramai anak penyabar orangnya


*Melihat Pasangan (Tunang)*

"Lihatlah perempuan itu kerana ia lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu"

"Apabila kamu meminang seseorang perempuan, jika kamu boleh lihat perkara yang boleh menyebabkan kamu berkahwin dengannya, maka lakukan"

"Lihatlah urat kedua betisnya & hidulah baunya" = wakilkan kepada mahram untuk lihat

Haram melihat perempuan yang bukan mahram tanpa ada tujuan (untuk mengahwininya)

An Nur 30-31

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
-Sura An-Nur, Ayah 30

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
-Sura An-Nur, Ayah 31

4 keadaan dibolehkan melihat perempuan:
1. Perubatan
2. Jual beli
3. Saksi & kesaksian
4. Menuntut ilmu

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat