Saturday 5 August 2017

Kenapa Hati Menjadi Keras

*Kuliah Magrib*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*5 Ogos 2017 Sabtu*
*40 Hadis Penawar Hati*

Alhamdulillah dapat kita bertemu malam ini untuk tunaikan kewajipan kita kepada Allah SWT & dapat duduk sebentar untuk mendengar hadis penawar bagi hati.

Moga hati kita lunak & condong ke arah kebaikan

*Hadis 25: Sepatah Kata Yang Mencemar Air Lautan*

Ulangkaji Hadis 24 kunci kebaikan = jaga lidah

Hadis 25 masih lagi berkaitan dengan lidah / kata-kata

HR Tirmizi & Abu Daud, hadis hasan sahih

Antara isteri-isteri Nabi SAW:
Khadijah - isteri pertama
Aisyah - isteri kedua - bermula 9 tahun, balighah, akhilah & rashidah
Safiyah - selepas perang Khaibar, ayahnya Yahudi & salah seorang ketua Yahudi. Safiyah salah seorang yang ditawan

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Safiyah ada unsur dakwah kepada kaum Yahudi

Tabiat manusia, terkadang terkeluar perkataan yang tidak elok

"Kalimah yang kamu ucapkan itu, jika dicampurkan dengan air laut, air laut akan membusuk"

Jaga lidah agar jangan memperlekeh & merendah-rendahkan orang lain

Bercakap hal orang lain yang dia tidak suka = mengumpat = hal yang tidak disukai Nabi SAW

Aisyah ceritakan hal yang tidak disukainya = teguran Nabi SAW = amanahnya isteri Nabi SAW & juga perawi hadis

Nabi SAW juga pernah ditegur Allah SWT = Surah Abasa

Abasa 80: 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
Ia memasamkan muka dan berpaling,
-Sura 'Abasa, Ayah 1

Nabi tetap menyampaikan ayat ini kepada umatNya walaupun ayat ini adalah teguran kepada Baginda SAW = menunjukkan sifat amanah Nabi SAW kepada sahabat RA & juga kepada isteri-isteri

Kita jangan secara sengaja dedahkan keburukan & aib kita kepada orang lain tanpa sebab. Mohon ampun dengan Allah & minta maaf jika ada melibatkan orang lain = Rasulullah SAW & isteri ceritakan untuk kebaikan & pengajaran kepada kita umatnya

*Hadis 26 Kenapa Hati Menjadi Keras*

HR Tirmizi
"Jangan perbanyakkan percakapan selain berzikir kepada Allah SWT. Sesungguhnya banyak bercakap selain zikir menyebabkan hati menjadi keras. Sesungguhnya sejauh manusia daripada Allah SWT ialah mereka yang berhati keras"

Lidah = boleh menyebabkan seseorang itu ke syurga atau ke neraka

Cakap agar kita / orang lain ingat kepada Allah SWT, di mana-mana sahaja contoh lihat indah alam, sebut "Subhanallah", "Masyaallah", "Tabarakallah", terbuat salah = "Astagfirullah"

"Sebaik-baik sahabat, apabila dia menyebut Allah / mengingatkan Allah kepada kita" = perbanyakkan sahabat yang boleh menyebabkan kita ingat kepada Allah

Situasi kita ada 3; duduk, berdiri, baring. Ingat kepada Allah ketika berdiri, duduk & berbaring = dalam semua situasi

Kita ingat kepada Allah & memperingatkan orang lain kepada Allah

Kesan buruk cakap selain zikir kepada Allah hati jadi keras = susah dengar & terima teguran = kesannya jauh daripada Allah

Usahakan agar percakapan kita menyebabkan orang sentiasa ingat kepada Allah. Moga hati kita sentiasa lembut & sentiasa terdorong kearah kebaikan insyaAllah



No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat