Friday 5 January 2018

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 95) 4 Januari 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 95)*
*4 Januari 2018 9.30pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*Ustaz Aiman Shafie*

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*MUFRADAT AL QURAN*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 57*

كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ


1. كُلُوا = makanlah olehmu (ramai)

مِنْ = dari

2. طَيِّبَاتِ = beberapa yang baik-baik

مَا = apa yang / yang

رَزَقْنَا = telah memberi rezeki oleh Kami

كُمْ = kamu

*MUFRADAT TAMBAHAN*

ذَهَبَ = pergi = past tense = al madhi
= telah pergi

دَرَسَ
 = belajar = past tense = الملضي
= telah belajar


*JAWAPAN LATIHAN MINGGU 94*

1. Dimanakah pengarah?
أَيْنَ المُدِيرُ ؟

2. Dia dipejabatnya
هُوَ فِي مَكتَبِهِ

*TADABBUR*

Al Baqarah 2: 19

أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ ۚ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 19

أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ = ataupun seperti hujan lebat dari langit

فِيهِ ظُلُمَاتٌ = padanya kegelapan

وَرَعْدٌ = guruh

وَبَرْقٌ = kilat

يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ = mereka tutup telinga

مِنَ الصَّوَاعِقِ = panahan petir

حَذَرَ الْمَوْتِ ۚ = kerana takut mati

وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ = Allah Mengetahui orang-orang yang ingkar

*Maksud tersurat*

Hujan lebat + gelap / malam + guruh + kilat = takut

Panahan petir = tiada / andaian
Takut mati = tiada / andaian

*Maksud tersirat*

Hujan lebat dari langit = ayat Al Quran

Kegelapan = arahan dan larangan dalam Al Quran (contoh keluarkan zakat)

Guruh = ancaman azab dalam Al Quran (contoh azab jika tidak keluarkan zakat)

Kilat = kiasan kepada perkara yang disukai dalam Al Quran (contohnya lelaki boleh nikah 4)

Mereka tutup telinga = tidak suka dengar Al Quran

Orang munafik = tidak suka dengar dan belajar Al Quran

Orang beriman = suka mendengar dan belajar Al Quran

Panahan petir = masa depan yang gelap (andaian) = contoh andaian orang munafik keluarkan zakat / bagi sedekah akan kurang harta. Orang beriman nampak janji Allah, sedekat / zakat menyuburkan harta

Takut mati = tidak dapat hidup dengan baik (andaian)

Al Baqarah 2: 268

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 268


**********************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.17pm*

Al-Ankabut 29: ayat 69

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69

Ditangguhkan 10.33pm
18Jan Ustaz pergi umrah







No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat