Friday 19 January 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 97)* *18 Januari 2018 9.40pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 97)*
*18 Januari 2018 9.40pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*Ustaz Aiman Shafie*
**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*
*MUFRADAT AL QURAN*
*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 58*
وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هَٰذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا
Beri perhatian pada sebutan:
1. مِنْهَا
ن
= tiada kalkalah = tiada pantulan
2. حَيْثُ شِئْتُمْ
ثُ ش= bezakan 2 sebutan ini
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
وَ = dan
إِذْ =
(ingatlah) ketika (yang telah lalu)
إذا = apabila (yang akan datang)
قُلْنَا = telah berkata Kami
ادْخُلُوا = masuklah kamu (ramai)
ادْخُل = masuklah kamu (seorang)
هَٰذِهِ = ini
1. الْقَرْيَةَ = negeri / bandar / kampung
فَ = maka / lalu
كُلُوا = makanlah kamu (ramai)
كُل = makanlah engkau / kamu (seorang)
مِنْهَا = daripadanya
nya = negeri ini
حَيْثُ = di mana sahaja
شِئْتُمْ = telah berkehendak kamu
= sesuka hati kamu
رَغَدًا = berpuas-puasan
= sepuas-puasnya
*MUFRADAT TAMBAHAN*
1. رَجَعَ = kembali / pulang / balik /
dia kembali = dia dah kembali (telah berlaku / past tense)
رَجِعِون = kita / kami kembali
2. دَرَّسَ =  mengajar / dia mengajar
*TADABBUR*
Al Baqarah 2: 20
يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ
يَكَادُ = hampir-hampir
الْبَرْقُ = cahaya kilat
يَخْطَفُ = menyambar
أَبْصَارَهُمْ ۖ = penglihatan mereka
كُلَّمَا = tiap kali
أَضَاءَ لَهُمْ = ia menerangi mereka
مَشَوْا فِيهِ = mereka berjalan
وَإِذَا = apabila
أَظْلَمَ = ia gelap
عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ  = mereka berhenti
= Maksud tersurat
Maksud tersirat = Al Quran adalah sebagai cahaya untuk menerangi kehidupan = Seseorang yang dapat cahaya Al Quran akan mendapat ketenangan = syurga dunia
Cahaya ada 2:
1. بَرْق = cahaya kilat
= menerangi seketika
2. نُور = cahaya yang sentiasa menerangi
Al Quran adalah cahaya yang membawa ketenangan = nur = نُور
كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيه
= terima ayat Al Quran yang selari dengan hawa nafsu
وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ
= tolak ayat Al Quran yang tidak selari dengan hawa nafsu
Orang yang ikut Al Quran dengan nafsunya umpama cahaya kilat yang terang seketika dan tidak mampu untuk membawanya ke destinasi
Orang yang ikut Al Quran dengan nur / cahaya sebenar akan membawanya sampai ke destinasi
Di titian sirat cahaya seketika / kilat akan menyebabkan jatuh ke neraka. Cahaya nur akan membawa ke syurga
*LATIHAN MINGGU 97*
1. Dimanakah pejabat kamu?
2. Pejabat saya depan pejabatnya.
10.33 ditangguhkan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat