Friday 16 February 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 100)* *15 Februari 2018 9.25pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 100)*
*15 Februari 2018 9.25pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*Ustaz Aiman Shafie*
**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.25pm*
*MUFRADAT AL QURAN*
*Sambungan Al Baqarah 2: 59*
 فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ 
Beri perhatian pada sebutan fathah; kena buka mulut
 على = buka mulut

*TERJEMAHAN HARFIYAH*
ف = maka / lalu
أنزلنا = telah menurunkan oleh kami
على = keatas
الذين = orang orang yang
1. ظَلَمُوا = telah aniaya mereka
2. رِجْزًا = seksaan / kotoran
من = dari
السماء = langit
3. ب = disebabkan
ما = apa yang
 كانوا = telah adalah mereka
4. يَفْسُقُونَ = mereka curang
عذاب = seksaan yg sakit
رجزاً = seksaan yg sakit dan jijik
Telah = perkara yg lepas
Adalah = sekarang
Sikap yg berterusan dari dulu sampai sekarang.
4 mufradat baru
*LATIHAN MINGGU 100*
1. Ahmad pergi ke Mekah
احمد ذهب الى مكة
90% correct
احمد = pembuat = فاعل
ذهب = perbuatan =   فعل
*Dalam bahasa arab: ayat mesti di mulakan dengan perbuatan dahulu, baru pembuat.*
Terbalik berbanding dengan Bahasa Melayu.
* ذهب احمد الى مكة*
2. Ahmad belajar bahasa arab
درس احمد اللخة العربية
*TADABBUR*
Al Baqarah 2: 21
Ayat 21 adalah rumusan 20 ayat pertama Al-Baqarah
يٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
Dalam surah Al-Fatihah, ada 3 golongan manusia
1. انعمت عليهم
2. المغضوب
3. الضالين
Dalam surah Al-Baqarah, Allah merungkaikan 3 golongan dengan lebih lanjut:
1. Ayat 1-5 Al-Muttaqin
2. Ayat 6-7 Kafirun
3. Ayat 8-20 Munafiqun
Ayat 21 
- manusia terdiri dari 3 golongan diatas
- tujuan hidup kita; beribadat (اياك نعبد) kepada tuhan (رب), supaya kita mendapat sifat taqwa (muttaqin)
**********************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*You Are The Best*
*10.20pm*
beriman - personal quality
Iman - yakin, percaya
Al-Hujurat 49:14
قَالَتِ ٱلْأَعْرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ ٱلْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْۖ وَإِن تُطِيعُوا ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْئًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Orang-orang "A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Hati = qalbun
Niat = azam. Kesungguhan itu niat.
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ  بِالنِّيَّاتِ 
- innamal a'malu bin niat
- sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat
Hati -> niat -> mindset --> positive mindset
--> *Siddiq*
*Siddiq ialah membenarkan لاَ إِلَهَ إِلَّاالله*
ٌإلة = ? Minggu depan
Kelas ditangguhkan 10.35pm






No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat