Friday 23 February 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 101)* *22 Februari 2018 9.38pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 101)*
*22 Februari 2018 9.38pm*
*Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*Ustaz Aiman Shafie*
**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.38pm*
*MUFRADAT AL QURAN*
*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 60*
وَإِذِ اسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ
Beri perhatian pada sebutan huruf ن disebelah huruf ض
فَقُلْنَا اضْرِبْ
ن = nipis = kekalkan sebutan nipis
ض = tebal = kekalkan sebutan tebal
بِعَصَاكَ
ع = nipis = kekalkan sebutan nipis
ص = tebal = kekalkan sebutan tebal
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
وَ = dan
إِذِ = ketika (ingatlah)
= (kisah yang telah berlalu)
1. اسْتَسْقَىٰ = telah minta air
َسْقَىٰ = 3 kata dasar
= beri air
اسْت = 3 kata tambahan
= *memberi maksud "minta"*
Contoh lain:
استوقد
است + وقد = nyalakan api + minta
استغفر
است + غفر = ampun  + minta
مُوسَىٰ = Musa
لِ = bagi / untuk
قَوْم = kaum
ِهِ = nya
ف = maka / lalu
َقُلْنَا = telah berkata kami
2. اضْرِبْ = pukullah engkau
ضْ = tebal
بْ = قلقلة كبرئ
= menggambarkan kekuatan "pukul"
بِ = dengan
3. عَصَا = tongkat
عَصَى = معصية = maksiat
كَ = kamu / engkau
كل = seperti
4. الْحَجَرَ ۖ  = batu itu
4 mufradat baru. Ulang 1 mufradat sehari 60 kali
*LATIHAN MINGGU 101*
1. Ahmad telah pulang ke Malaysia
رجع أحمد إلئ ماليزيل
2. Ahmad mengajar Bahasa Arab
درّس أحمد اللغة العربيّة
درس = belajar
درّس = mengajar
**********************
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*You Are The Best*
*10.20pm*
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه
Siddiq = Visi kehidupan kita mesti jelas
إِلَهٌ = no 1 penting dalam hidup kita
= tuhan = yang di sembah
Al Baqarah 2: 165
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 165
إِلَهٌ = مَحبُوبّ = yang dicintai
= diberi perhatian yang utama
Setiap hari buat check up KALBUN
Hati yang sihat = kalbun salim
26: 89
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 89
Kelas ditangguhkan 10.42pm








No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat