Sunday 3 June 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 3 Jun 2018* *18 Ramadan 1439* *Surau An Najah TUJP*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 3 Jun 2018*
*18 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*

Alhamdulillah syukur pada Allah, kita masih diberikan kesempatan kehidupan pada 18 Ramadan ini. Moga kita dapat manfaatkannya dengan persiapkan amal untuk kehidupan akhirat

Jika dihitung nikmat Allah, pasti tidak terhitung. Antara nikmat yang besar adalah nikmat kehidupan di atas bumi. Ramai sudah orang yang berada dalam perut bumi = meninggal

Al Quran Allah wariskan kepada hambaNya yang dipilih

3 golongan manusia:
Zalim = nafsu amarrah bissuk
Berbolak balik = nafsu lawwamah
Bersegera kepada kebaikan = nafsu mutmainnah

Nafs = roh = jiwa = roh yang apabila telah bercampur dengan jasad = insan

Contoh, jika senang buat maksiat = nafsu amarrah = sangat kuat menyuruh

Iman boleh meningkat & boleh berkurang

Tunaikan hak-hak Allah

*4 hal kehidupan / keadaan yang pasti berlaku kepada umat manusia:*

1. Lakukan ketaatan = boleh jadi dapat pahala / tidak. *Kunci ketaatan adalah ikhlas*. Ikhlas = dapat pahala. Tidak ikhlas = tidak dapat pahala. Ikhlas = buat kerana Allah. Pastikan kita buat sesuatu kerana Allah

2. Lakukan maksiat / dosa. *Kunci maksiat adalah taubat* = jika terbuat dosa = segera bertaubat kepada Allah, walau sebesar mana dosa yang dilakukan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
-Sura At-Tahrim, Ayah 8

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 135

*Syarat / Rukun Taubat*
1. Menyesal = jika dapat diputar masa, dia ingin membetulkan kembali kesilapannya
2. Tinggalkan perbuatan buruk itu
3. Azam untuk tidak lakukannya lagi
4. Minta maaf / halal jika melibatkan orang lain
5. Perbanyakkan amal soleh

"Ikutilah kejahatan / dosa dengan kebaikan"

Orang bertaubat pasti akan serius dalam memperbaiki amalan & kehidupannya

Banyakkan berzikir kepada Allah, sekurang-kurangnya "beristigfar"

"Sesiapa yang melazimi beristigfar / banyak istigfar (setiap hari sekurang-kurangnya 100 kali = 1 minit sahaja lebih kurang masanya), Allah Taala akan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, dan Allah akan bagi kelepasan dari setiap keluh kesah (alhammu = ujian perasan / kesedihan / kecewa / kemurungan), dan Allah akan bagi rezeki padaNya dari jalan yang tidak disangka-sangka"

Saiyidul istigfar = penghulu istigfar = Allahummantarabbi lailahillahanta subhanakainni kuntuminazzalimin

3. Kita pasti dapat nikmat daripada Allah Taala

Syukur kepada Allah = tasbih = subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar = zikir

Lakukan kebaikan

Tunaikan hak nikmat = jika dapat duit, infakkan = jika dapat ilmu, sebarkan = jika dapat kuasa, maka tegakkan hak Islam

Katakan pada diri "setiap helaan nafas ingat Allah jika ingin selamat"

4. Kita pasti dapat ujian / cabaran

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
-Sura Al-Baqarah, Ayah 155

*Kunci ujian adalah sabar*
Sabar yang utama adalah pada kemuncak kesedihan / kejutan pertama / saat menerima berita / kesedihan itu.

Sabar itu pedih, tetapi hasilnya nikmat

"Sabarlah wahai keluarga Yasir, tempat kamu semua adalah syurga"

"Hari ini kamu masuk syurga kerana kesabaranmu" = sabar itu wajib

berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

Kesimpulan:
Buat baik = iklas
Dosa = taubat / istigfar
Nikmat = syukuri & tunaikan hak
Ujian = sabar

Istigfar = keluar dari kesempitan, pelepasan daripada keluh kesah & rezeki tidak disangka

InsyaAllah orang ini akan sampai kepada nafsul mutmainnah

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 27

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
-Sura Al-Fajr, Ayah 28

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
-Sura Al-Fajr, Ayah 29

وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
-Sura Al-Fajr, Ayah 30

Hidup ini bukan perlumbaan, hidup ini bukan persaingan = kita tidak perlu berlumba dengan sesiapa.

Hidup ini adalah perjalanan menuju Allah

Moga kita semua sampai menuju Allah dengan nafsulmutmainnah

Bersungguh2 untuk akhir Ramadan ini

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat