Saturday 9 June 2018

*Tazkirah Ramadan* *Sabtu 9 Jun 2018* *24 Ramadan 1439*

*Tazkirah Ramadan*
*Sabtu 9 Jun 2018*
*24 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Izwan*

Syukur kita diberikan kekuatan untuk lakukan ibadah di Ramadan ini

3 kali amin:

1. Celakalah manusia yang diberikan peluang Ramadan, dia tidak diampunkan Allah

2. Celakalah orang yang ada 2 / 1 orang tuanya, tetapi tidak membawanya ke syurga = kerana tidak berkhidmat kepadanya

3. Celakalah orang yang disebut namamu (Rasulullah SAW), tetapi dia tidak bersalawat kepadamu

Malam alqadar, sebutlah
*Allah Maha Pengampun, suka pengampunan, ampunkanlah aku* = Allahumma innaka afuwun karimun tuhibbul afwafak fuanna

*Bertaubat*
Tinggal, menyesal & tidak ulang perkara tersebut. Jika melibatkan manusia, perlu ditambah mohon kemaafan orang tersebut

Golongan yang muflis adalah orang yang bawa pahala di akhirat, namun dia ada buat kesalahan pada manusia. Pahalanya diberikan kepada orang tersebut sehingga habis, namun masih ada kesalahannya, sehinga dosa orang itu diserahkan kepadanya

1 dosa melibatkan manusia lebih berat daripada 70 dosa yang melibatkan Allah

Nabi adalah orang yang paling pemurah di bulan Ramadan

Digalakkan menjamu orang lain

Kita berkerja untuk dapatkan harta = tukarkan biar harta yang berkerja untuk kita = infak

Apabila mati anak Adam akan terhapus amalannya melainkan 3 perkara; amal soleh, sedekah jariah & doa anak soleh

"Bukan urusan aku" = akan menghancurkan umat ini = peduli umat = hulurkan bantuan kepada orang lain yang dalam kesusahan

Sifir kita: 1-1=0
Sifir Allah : 1-1=10 hingga 700 hingga berlipat kali ganda

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat