Sunday 26 May 2019

*Kuliah Subuh* *Ahad 26 Mei 2019 / 21 Ramadan 1440* *Surau An Najah TUJP* *Prof Madya Ustaz Dr Mazlan*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 26 Mei 2019 / 21 Ramadan 1440*
*Surau An Najah TUJP*
*Prof Madya Ustaz Dr Mazlan*

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Kita di 10 akhir Ramadan, manfaatkan waktu sebaiknya, mungkin ini Ramadan terakhir kita

Semalam kita dah dengar tentang
3+8

3:
Akidah = jangan menyekutukan Allah
Syariat = ikut syariat / peraturan Islam
Akhlak = amalan batiniah / akhlak / tasawuf / mencari redha Allah

8

1. Muhasabah = sentiasa review & perbaiki diri

2.  Muahadah = janji kita kepada Allah

3. Mujahadah = bersungguh2 dalam ibadah & ketaatan

4. Musaraah = bersegera dalam lakukan ketaatan & kebaikan

5. Musabaqah = berlumba dalam lakukan ketaatan. Lihat orang yang lebih banyak amalannya agak kita sentiasa menambah amal

6. Mudawamah = istiqamah. Sebaik-baik amalan adalah berterusan walaupun sedikit.

7. Muraqabah = Allah sentiasa mengawasi kita ketika dalam jemaah / bersendirian

8. Muaqabah = iqad = denda jika tidak dapat lakukan ibadah / terlepas ibadah.

****

Hari ini kita tengok 5 makna taqwa:

1. Rasa takut / gerun kepada Allah Taala

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). *Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu*, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
-Sura Al-Hujurat, Ayah 13

2. Ketaatan dan ibadah

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
*Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.*
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 102

= sentiasa ingat / zikir kepada Allah, lakukan ketaatan & jauhi maksiat & dosa

3. Sucikan jiwa = Bersihkan diri daripada lakukan dosa

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخۡشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقۡهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
-Sura An-Nur, Ayah 52

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۚ وَإِن تَدۡعُ مُثۡقَلَةٌ إِلَىٰ حِمۡلِهَا لَا يُحۡمَلۡ مِنۡهُ شَيۡءٞ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰٓۗ إِنَّمَا تُنذِرُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَۚ وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفۡسِهِۦۚ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang.  *Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.*
-Sura Fatir, Ayah 18

4. Taudih & syahadah = mengesakan Allah & menjadi saksi "tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad rasul & pesuruh Allah"

= agama adalah asas kehidupan & orang yang tiada penjaga akan hilang

5. Ikhlas = sesiapa yang membesarkan syiar Allah, dia mempunyai hati yang ikhlas = taqwa = ketaqwaan hati

Moga kita dimasukkan dalam golongan hambaNya yang muklis = ikhlas kepada Allah

6.58am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat