Saturday 25 May 2019

*Kuliah Subuh* *Sabtu 25 Mei 2019 / 20 Ramadan 1440* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Khairul Anuar*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 25 Mei 2019 / 20 Ramadan 1440*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Khairul Anuar*

Alhamdulillah kita direzekikan berada dalam 10 hari terakhir Ramadan

Amalan 3+8 = 11

3 perkara untuk tingkatkan kualiti &  kuantiti amal:
1. Akidah
2. Fekah
3. Akhlak

Cuai salah satu akan cacat amalan

Ramai orang yang berpuasa tidak dapat apa2 melainkan lapar & dahaga sahaja

Ramai orang yang bangun malam tidak dapat apa2 melainkan penat & mengantuk sahaja

Contoh dalam berpakaian:
Akidah = pakaian kerana nikmat kurniaan Allah
Fekah = menutup aurat
Akhlak = tidak menunjuk2

8 perkataan: Gabungan untuk jadi baik & ulang dari 1-8 secara berterusan

1. Muhasabah = review & perbaiki

2.  Muahadah = janji kita dengan Allah. Renew agar fokus kepada Allah

3. Mujahadah = kesungguhan untuk kuasi nafsu agar terdorong untuk mentaati Allah. Setiap orang dibezakan dengan mujahadah & takwa. Rancang amalan kerana kita sentiasa sibuk = sibuk dengan amalan dunia / akhirat / kedua2nya?

4. Musaraah = kesegeraan. Bersegera dalam lakukan amalan. Beramal untuk dunia = tenang, relex, cool. Beramal untuk akhirat = kena bersegera.

Beramal untuk dunia seperti kamu hidup selamanya = tenang
Beramal untuk akhirat seperti kamu mati esok = masa suntuk, singkat, perlu buat segera

Segera rebut keampunan Allah & syurganya

۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 133

5. Musabaqah = perlumbaan / pertandingan / persaingan. Lihat orang yang lebih banyak amalan agar kita dapat mencontohinya

Disiplin = setiap hari letak target untuk habiskan bacaan Al Quran 1 juz / 2 / 3 juz. Ada orang boleh habis bacaan 3 juzuk sehari, kita?

6. Mudawamah = Maintain, istiqamah. Sebaik-baik amalan adalah berterusan walaupun sedikit.

Siapa teman2 kita yang mendorong / menjatuh? Cari sahabat yang boleh mendorong kita beramal. Seseorang itu akan mengikut cara hidup orang yang rapat dengannya.

Kita berada dimana? Hadkan masa & fokus kepada amalan & target. Lamakan di masjid / surau / ibadah, hadkan masa di pasaraya / membeli / shopping

7. Muraqabah = meyakini & menyedari pengawasan Allah kepada kita. Kita ramai2 / bersendirian Allah tetap memerhatikan kita. Kenapa ramai2 kita bersemangat & ketika berseorangan tidak? Takut2 kita beramal bukan kerana Allah

Ramai2 tak buat maksiat, berseorangan mungkin buat, kenapa? Sedangkan Allah sama memerhatikan kita ketika ramai mahupun sendirian

8. Muaqabah = iqad = denda. Dalam beramal kena denda agar kita patuh dan taat kepada apa yang telah kita tetapkan. Denda jika tidak dapat lakukan ibadah / terlepas ibadah. Denda dengan amalan soleh lain yang mendekatkan kita kepada Allah.

Contoh niat untuk sedekah RM10 setiap hari. Tiba2 terlepas 1 hari, gandakan RM50 hari berikutnya

Taubat atas kesalahan & denda / hukum dengan gantikan dengan ketaatan / kebaikan

Ulang & review dari 1 hingga 8 dalam kita tambah baik amalan seharian kita

Moga ada manfaat untuk kita semua. Segala yang baik dan kesempurnaan milik Allah, yang kurang milik kita & moga diberikan keampunan

Moga kita dianugerahkan lailatulqadar & teruskan beramal ibadah sepanjang Ramadan & sesudahnya kerana Allah Taala

7.10am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat