Monday 28 October 2019

*Kuliah Subuh* *Isnin 28 October 2019* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

*Kuliah Subuh*
*Isnin 28 October 2019*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

Syukur pada Allah, dengan nikmat hujan pagi ini kita dapat berkumpul di rumah Allah

Perkara yang perlu dibuat tapi dipandang ringan = adab

Maklumat senang diperolehi. Bagaimana kita pelihara maklumat? = adab

Fastabikul khairat = berlumba-lumba buat kebaikan = adab = فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ

وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ *فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ* أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu *berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan*; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 148

Apa makna baik? = perbuatan / perkataan yang membawa kasih / keredhaan Allah & melahirkan kasih sayang sesama insan

Iman terbahagi kepada / lebih 70 bahagian;
paling tinggi = لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه
paling rendah = buang duri / halangan di jalanan

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
-Sura Al-Furqan, Ayah 63

berjalan di bumi = segala aktiviti kehidupan kita

وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ *فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ* إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu *berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)*. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 48

*15 Adab / Pintu Kebaikan:*

1. Amal soleh = laksanakan amalan wajib, perbanyakkan amalan sunat

2. Mengembirakan orang lain. Memudahkan urusan / mengembirakan orang lain / makhluk lain

3. Menanam pokok; besar dapat berteduh, dimakan orang/haiwan dapat pahala sedekah

Tidak lakukan kerosakan pada tanaman / tumbuhan

4. Mengelak daripada menyakiti orang lain / jiran tetangga / sahabat handai / rakan sekerja.

Pakaian / perbuatan / perkataan juga jangan menyakitkan pandangan orang lain

5. Berdakwah kepada Allah. Semua orang perlu & boleh berdakwah dengan kapasiti masing-masing

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ
*Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).* Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 110

6. Amal makruf & nahi mungkar = suruh buat baik & cegah kemungkaran

Pelayaran / kehidupan kita di bumi ini umpama pelayaran dalam kapal; bahagian atas ambil air dari atas, jika orang di bahagian bawah ambil air dari bawah dengan tebuk kapal = semua orang dalam kapal akan dapat mudharat

7. Berbuat baik kepada ibubapa (5 jenis ibubapa = kandung, angkat, tiri, mertua & susuan).

Perbanyakkan doa kepada ibubapa.

Ibubapa berkorban untuk anak dengan harapan anaknya hidup, sedangkan anak berkorban untuk ibubapa ketika ibubapanya dipenghujung usia

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
-Sura Luqman, Ayah 14

۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
-Sura Al-Isra', Ayah 23

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل *رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا*
*Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."*
-Sura Al-Isra', Ayah 24

8. Menghormati orang lain, memperelokkan panggilan & gelaran

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 11

9. Berlaku adil dalam lakukan keputusan. Adil = letakkan sesuatu kena pada tempatnya

10. Bantu orang yang memerlukan. Peka & prihatin kepada orang lain. Sokongan bukan sahaja duit; moral, senyuman, sokongan, pendapat yang baik

11. Kata-kata yang manis = penuh hikmah & mengembirakan hati orang lain

Pastikan tutur kata yang keluar adalah kebaikan. Jika tidak lebih baik diam

12. Jujur & menepati janji

13. Tepati masa

14. Kebersihan zahir & batin

15. Kasih kepada haiwan / tidak menganiayai haiwan. Contohnya tidak lebih muatan

*Kesimpulan*

Fastabikul khairat = berlumba-lumba buat kebaikan
= فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ

Baik = segala perbuatan / perkataan yang membawa kasih / keredhaan Allah & melahirkan kasih sayang sesama insan

Sama-sama kita berlumba buat kebaikan & moga ia memberatkan timbangan amal kebaikan kita semua insyaAllah

7.10am ditangguhkan

Sesiapa solat subuh berjamaah, berzikir hingga terbit matahari, kemudian solat sunat 2 rakaat (israk), seolah-olah dapat pahala umrah yang sempurna

Hari ini sambungan pengajian agama / perkampungan ahli sunnah di masjid UKM, dijemput semua untuk ikut serta


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat