Thursday 31 October 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 182)* *31 Oct 2019 9.30pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 182)*
*31 Oct 2019 9.30pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 102

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102

*******

وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ

Beri perhatian pada 2 perkara:

1. Sebutan حْ pada = نَحۡنُ
= sebutan = همس = hams
= nafas berterusan

رَخَاوَة = رِخْوٌ = suara berterusan

نَحۡنُ = حْ = ada همس & ada رَخَاوَة

2. تَكۡفُرۡۖ = ك ada همس & tiada رَخَاوَة

******

*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

وَ = dan / padahal / sedangkan

مَا = tidaklah / tidak (pernah)

يُعَلِّمَانِ
= mereka berdua (malaikat Harut & Marut) mengajar
علم = ilmu / pengetahuan

مِنۡ = daripada

أَحَدٍ = satu orang / seseorang

حَتَّىٰ = sehingga (lah)

يَقُولَآ = mereka berdua berkata
قول = kata-kata

إِنَّمَا = إِنَّ + مَا
= sesungguhnya tidak lain / sesungguhnya hanyalah
إِنَّ = sesungguhnya
مَا = tidak

نَحۡنُ = kami (berdua)

فِتۡنَةٞ = fitnah / satu ujian

فَ = maka

لَا = tidak / jangan(lah)

تَكۡفُرۡۖ = kamu / engkau ingkar / kufur
كۡفُرۡۖ = kufur / ingkar

*******
*TADABBUR*

Sambungan Al Baqarah 2: ayat 32

قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 32

 إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

 إِنَّكَ = sesungguhnya Engkau

أَنتَ = Engkau (lah)

ٱلۡعَلِيمُ = Maha Mengetahui

ٱلۡحَكِيمُ = Maha Bijaksana

Sesungguhnya Engkau Engkaulah Maha Mengetahui (lagi) Maha Bijaksana

Engkau + Engkau = penegasan = hanya Allah yang Maha Mengetahui (lagi) Maha Bijaksana

ٱلۡعَلِيمُ = Maha Mengetahui
= ada ilmu / maklumat / pengetahuan

ٱلۡحَكِيمُ = Maha Bijaksana = Hikmah
= tindakan yang berlandaskan ilmu

= hanya Allah yang Maha Mengetahui (ada ilmu) lagi Maha Bijaksana (tindakan yang berlandaskan ilmu).

Manusia ada yang ada ilmu, tetapi ada tindakan yang tidak berdasarkan / berlandaskan ilmunya.

**********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.19pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 205 Ingat Mati*

Pengurus yang bijaksana = keputusan perlu ada hikmah / hidayah = baca, faham, hafal & amalkan Al Quran

siddiq, amanah, fatanah, tabligh


إِنَّمَآ أَمۡوَٰلُكُمۡ وَأَوۡلَٰدُكُمۡ فِتۡنَةٞۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٞ
Sesungguhnya *harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian*, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
-Sura At-Taghabun, Ayah 15

anak, harta, pangkat, pengikut & apa sahaja yang kita miliki adalah fitnah / ujian = pemberian Allah & bukannya usaha kita

Ujian = peperiksaan = soalan 2:
1. benda yang kita suka / kesenangan
2. benda yang kita tidak suka / kesusahan

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةٗۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan *Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan*; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
-Sura Al-Anbiya', Ayah 35

Kesenangan & kesusahan adalah kurniaan & pinjaman Allah kepada kita = peluang untuk kita berbuat amal soleh walau apapun situasi & keadaan

Jawapan kepada ujian Allah adalah = Al Fatihah : ayat 5

*إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ*
*Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.*
-Sura Al-Fatihah, Ayah 5

*Hafal Al Quran & belajar Bahasa Arab Al Quran*, amal & sebarkan = bahagia dunia dan bahagia akhirat insyaAllah

29:49

بَلۡ هُوَ ءَايَٰتُۢ بَيِّنَٰتٞ فِي صُدُورِ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَۚ وَمَا يَجۡحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا ٱلظَّٰلِمُونَ
(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 49

26: 192-195
وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 192

نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ
Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 193

عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ
Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 194

بِلِسَانٍ عَرَبِيّٖ مُّبِينٖ
(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 195

10.40pm ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat