Thursday 7 November 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 183)* *7 Nov 2019 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 183)*
*7 Nov 2019 9.40pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 102

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102

*******
فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ

Beri perhatian pada sebutan kalimah

بِضَآرِّينَ
ض = 1 harakat
ضَا =2 harakat
ضَآرِّ = mad lazim kalimi musakkal
= مد لازم كلمي مثقل
= 6 harakat

******

*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

فَ = maka

يَتَعَلَّمُونَ = mereka (Yahudi) belajar
عِلمُ = ilmu
عَلَّمُ = mengajar
تَعَلَّمُ = belajar

مِنۡ = daripada

هُمَا = mereka berdua (Harut & Marut)

مَا = apa yang = (sihir yang)

يُفَرِّقُونَ = mereka (dapat / boleh) memisahkan
فَرَقَ = beza
فَرَّقَ = membeza

بِ = dengan

هِۦ = nya (sihir)

بَيۡنَ = antara

ٱلۡمَرۡءِ = seseorang / lelaki / suami itu
مراة = perempuan

وَ = dan

زَوۡجِ = pasangan (isteri)
زَوۡجِة = ditambah ة
= isteri (dalam hal faraid) bagi membezakan suami & isteri

هِۦۚ = nya

وَ = padahal

مَا = tidak (lah)

هُم = mereka

بِ = sekali-kali (penegasan)

ضَآرِّينَ
= ( dapat) memudharatkan

بِ = dengan

هِۦ = nya (sihir)

مِنۡ = daripada

أَحَدٍ = seseorang (pun)

إِلَّا = kecuali / melainkan

بِ = dengan

إِذۡنِ = izin

ٱللَّهِۚ = Allah

Sihir boleh beri mudharat = boleh pisahkan suami isteri = orang takut pada sihir

Sihir tidak boleh beri mudharat = orang tenang daripada sihir

Sihir tidak boleh beri mudharat kecuali dengan izin Allah = *orang takut / taat pada Allah*

**********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 205 Ingat Mati*

64:15

إِنَّمَآ أَمۡوَٰلُكُمۡ وَأَوۡلَٰدُكُمۡ فِتۡنَةٞۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٞ
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
-Sura At-Taghabun, Ayah 15

Dunia = keadaan = Allah = ujian/soalan

Kehidupan = aktiviti = manusia = jawapan. Kehidupan = menjawab soalan2 / ujian2 daripada Allah = Jawapan = taat pada Allah = saya nak taat pada perintah Allah

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 5

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدۡ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذۡ أَخۡرَجَهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ ٱثۡنَيۡنِ إِذۡ هُمَا فِي ٱلۡغَارِ إِذۡ يَقُولُ لِصَٰحِبِهِۦ *لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَاۖ* فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَيۡهِ وَأَيَّدَهُۥ بِجُنُودٖ لَّمۡ تَرَوۡهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلسُّفۡلَىٰۗ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِيَ ٱلۡعُلۡيَاۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: *"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"*. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura At-Tawbah, Ayah 40

*لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَاۖ*
= *"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"*

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 80

وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَدۡنَىٰ دُونَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَكۡبَرِ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), *supaya mereka rujuk kembali bertaubat.*
-Sura As-Sajdah, Ayah 21

Ujian / kesusahan / kesempitan / musibah agar kita kembali rujuk kepada Allah / kembali kepada Al Quran

*Kerja kita taat, tawakkal & redha*
Tawakkal = akan datang
Redha = telah berlaku
Takwa = amal soleh / taat = sekarang = fokus pada masa sekarang

Tukarkan setiap amal kita kepada amal soleh

10.41pm ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat