Thursday 14 November 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 184)* *14 Nov 2019 9.30pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 184)*
*14 Nov 2019 9.30pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 102 bahagian ke empat

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102

*******
وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ

Beri perhatian pada sebutan kalimah

هُمۡ = hum; ه baris dhammah /
baris depan
ضَمَّة = muncung ke depan
= muncung mulut ke depan

******
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

وَ = dan

يَتَعَلَّمُونَ = mereka belajar
علم = ilmu / pengetahuan
علّم = mengajar
تَعَلَّمَ = belajar

مَا = apa yang (sihir)

يَضُرُّ = ia (sihir) memberi mudharat
ضُرُّ = memberi mudharat

هُمۡ = mereka (ahli sihir)

وَ = dan

لَا = tidak

يَنفَعُ = ia bermanfaat / berfaedah
نَفَعَ = bermanfaat / berfaedah

هُمۡۚ = mereka
******
*TADABBUR*
Al Baqarah: ayat 33

قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 33


قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآئِهِمۡۖ

قَالَ = Allah berfirman

يَٰٓـَٔ = wahai

ادَمُ = Adam

أَنۢبِئۡهُم = ajarkanlah mereka (malaikat)

بِ = akan

أَسۡمَآئِهِمۡۖ = nama-nama mereka (makhluk / benda)

اللة
ءأدم
ملأئكة / إبليس

Allah ajar kepada Adam
Adam ajar kepada malaikat

Allah angkat / tinggikan darjat hambaNya melalui 3 tahap:
1. malaikat tak tahu ---> Allah zahirkan ilmu Adam
2. malaikat nampak ilmu Adam ---> malaikat iktiraf ilmu Adam
3. sujud ---> terpisah antara malaikat dan iblis
= malaikat merendah diri & sujud = Allah tinggikan & puji malaikat
= iblis meninggi diri & enggan sujud = Allah rendahkan & hina iblis

Bagi manusia, dalam fasa solat ada 3 tahap:
1. Berdiri & baca Al Quran = fasa 1 = tidak tahu ---> dizahirkan ilmu-ilmu dalam Al Quran
2. Rukuk = iktiraf ilmu dalam Al Quran
3. Sujud = merendah diri / paling rendah = paling hampir dengan Allah dalam sujud


**********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.19pm*
*Buku You Are The Best Bab 35 m/s 206 Ingat Mati*


وَٱلۡعَصۡرِ
Demi Masa!
-Sura Al-Asr, Ayah 1

إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
-Sura Al-Asr, Ayah 2

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
-Sura Al-Asr, Ayah 3

Rugi / tidak berjaya = apa sahaja aktiviti yang bawa kita makin jauh dari Allah
Manfaat / faedah / penting = apa sahaja aktiviti yang bawa kita dekat dengan Allah

*Bahasa kita = bahasa Arab Al Quran* = dalil surah 14 Ibrahim: ayat 4

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Dan *Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya* supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Ibrahim, Ayah 4

سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَٰتِيَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن يَرَوۡاْ كُلَّ ءَايَةٖ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِهَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗاۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَكَانُواْ عَنۡهَا غَٰفِلِينَ
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
-Sura Al-A'raf, Ayah 146

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمۡ أَبۡوَٰبُ ٱلسَّمَآءِ وَلَا يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ ٱلۡجَمَلُ فِي سَمِّ ٱلۡخِيَاطِۚ وَكَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُجۡرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
-Sura Al-A'raf, Ayah 40

10.30pm ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat