Thursday 20 February 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 197)* *Khamis 20 Feb 2020 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 197)*
*Khamis 20 Feb 2020 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 109

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 109


*****

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ

*MUFRADAT AL QURAN*

وَدَّ = suka = مَوَدَّة

كَثِيرٞ = ramai

مِّنۡ = daripada / dari kalangan

أَهۡلِ = ahli / pakar / mahir

ٱلۡكِتَٰبِ = kitab

لَوۡ = jikalau

يَرُدُّونَ =
mereka (dapat) mengembalikan / memurtadkan = مُرتَد

كُم = kamu

مِّنۢ = dari / daripada

بَعۡدِ = selepas / sesudah

إِيمَٰنِ = keimanan

كُمۡ = kamu (orang Islam)

كُفَّارًا = kekufuran
/ (menjadi) orang-orang yang kufur

حَسَدٗا =
kerana / disebabkan hasad / dengki

مِّنۡ = daripada

عِندِ = sisi

أَنفُسِ = diri-diri

هِم = mereka

مِّنۢ = dari

بَعۡدِ = sesudah

مَا = apa yang

تَبَيَّنَ = jelas / telah menjadi jelas

لَ = kepada / bagi

هُمُ = mereka

ٱلۡحَقُّۖ = kebenaran itu
= satu kebenaran yang jelas = Al Quran = selain Al Quran adalah kebatilan / bukan kebenaran

2 Al Baqarah, ayat:
30-39: Adam & Iblis
40-123: Islam & bani Israel
= Iblis dengki kepada Nabi Adam & bani Israel dengki kepada orang Islam
= iblis & bani Israel dengki & ingin ajak orang Islam bersamanya dalam neraka
= dengki menyebabkan hilang kewarasan / masuk neraka sedangkan dia sendiri juga dalam neraka / tidak dapat keluar daripada neraka

*********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20pm*
*Buku You Are The Best*

16:51

۞وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓاْ إِلَٰهَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞ فَإِيَّٰيَ فَٱرۡهَبُونِ
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
-Sura An-Nahl, Ayah 51

45:23

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
-Sura Al-Jathiya, Ayah 23

إِلَٰهٞ = مَعبُودٌ = tuhan / yang disembah
/ pengabdian / ikut peraturan Allah

49:6

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ *فَتَبَيَّنُوٓاْ* أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, *maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya*, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 6

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 14

10.40pm ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat