Friday 7 February 2020

*Ceramah Perdana Khas* *Jumaat 7 Feb 2020* *Selepas Solat Maghrib*

*Ceramah Perdana Khas*
*Jumaat 7 Feb 2020*
*Selepas Solat Maghrib*
*Surau Al Hidayah Kg Sg Tangkas*
*Prof Dr Mohd Kamil Ibrahim* *(Prof UniKL)* mantan Prof UiTM & mantan Prof U Taibah Madinah

Syarat untuk panggil ceramah:
1. Tiada bayaran = bayaran akan dihadiahkan kembali kepada surau
2. Kecing manis, lemah jantung & darah tinggi = cepat haus = sediakan air minuman
3. Meninggal dikebumikan di tempat meninggal

Jaga solat berjamaah, terutamanya solat subuh & solat isya

Apabila kita meninggal, 3 yang bermanfaat; sedekah jariah, ilmu bermanfaat & anak soleh yang mendoakan = perbanyakkan amal, sebarkan ilmu & didik anak lelaki terutamanya solat berjamaah

Staf UniKL, bawa nama UniKL & galakkan masuk UniKL. Semoga amal jariah pahala dakwah ini juga mengalir kepada semua staf UniKL

*Bersyukur Saat Diuji*
*Meniti Masa Berbaki*

Ujian = tidur & tidak bangun solat, sedangkan solat yang mula-mula akan dihisab di akhirat

"Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam yang tersisa.........."

"Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya."
HR Bukhari

Seluruh kehidupan ini adalah ujian

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
*Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.*
-Sura Adh-Dhariyat, Ayah 56

Berdakwah = tanggungjawab, bukan kerjaya & bukan perlu bayaran

Bayaran & kerjaya = kerja seharian kita

Basic / fundamental:

1. Mukminun: 114

قَٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلٗاۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Allah berfirman: *"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja*, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 114

Yunus: 45

وَيَوۡمَ يَحۡشُرُهُمۡ كَأَن لَّمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا سَاعَةٗ مِّنَ ٱلنَّهَارِ يَتَعَارَفُونَ بَيۡنَهُمۡۚ قَدۡ خَسِرَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِلِقَآءِ ٱللَّهِ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ
Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), *dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari*. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia).
-Sura Yunus, Ayah 45

Masa kita sangat terhad & suntuk = perbanyakkan ibadah & dakwah

Bila tarikh kematian kita? Boleh dikira

Sejarah Prof:
19.5.64 = lahir = umur 55 tahun
2006
7.2.2020 = hari ini
Kematian?

Umur kewafatan Nabi Muhammad SAW:
63H
60M

Purata umur rakyat Malaysia:
74 purata
72 lelaki
76 perempuan

Masa kita sangat singkat = perbanyakkan amal

Umur Prof
ikut genetik/ayah = lagi 3 tahun
Nabi SAW = lagi 5 tahun
Ikut orang ramai = lagi 17 tahun

Ikut yang paling dekat lagi 3 tahun

Orang yang ingat kematian orang yang bijaksana = banyakkan ibadah = jangan tinggal solat berjamaah

Hadiah buku; beli 3 percuma 1 buku bersamamu di syurga & boleh transfer online & jika meninggal sebelum sempat bayar dihalalkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat