Saturday 27 August 2016

Kuliah Subuh 27 Ogos 2016 Sabtu Surau An Najah

Kuliah Subuh
Tarikh: 27 Ogos 2016 Sabtu
Surau An Najah TUJP
Penceramah: Ustaz Khairul Anuar
Tajuk: Huraian Al Asmaul Husna

Setinggi2 kesyukuran kepada Allah yang bagi kita ruang, kesempatan, kesihatan untuk berada di sini, solat berjamaah & bersama dalam majlis ilmu ini

Moga ia akan menjadi amal soleh, yang akan memberatkan timbangan baik mizan kita, seterusnya membolehkan rahmat Allah SWT

Sambungan Huraian Asmaul Husna

16. Al Kahhar
= Yang Maha Berkuasa
= Kuasa Allah SWT Yang Mengatasi & Mengalahkan semua yang ada

Makna & sebutan yang keras

Makhluk tiada kuasa mutlak.
Allah SWT ada kuasa mutlak

= Berkuasa menukar keadaan; kaya kepada miskin, susah kepada senang, sihat kepada sakit

= Berhak menetapkan apa sahaja (memaksa) & perlu dipatuh

= Memaksa makhluknya dan perlu dipatuh

Kita disuruh berikhtiar dan buat yang terbaik

Apabila berlaku sesuatu, disitu letaknya takdir, dan kita diminta redha dan sabar

= Tidak Dapat Dikalahkan

Al Kahhar perbanyakkan bacaan terutamanya bagi orang yang banyak kecintaan pada dunia, agar tidak masuk ke dalam hati

Zahid = zuhud = Pertambahan dan kekurangan tidak menjejaskan hati. Dunia tidak di dalam hati


17. Al Wahhab
Maha Memberi
Allah SWT Memberi tanpa diminta kepada sesiapa sahaja

Dalam hidup kita, banyak benda yang kita tak minta tapi dapat.

Lebih banyak yang kita tak minta & dapat, daripada yang kita minta tapi tak dapat

Kenapa Allah bagi kepada semua?
Dunia ini bukan nilaian bagi Allah

"Jika dunia ini di sisi Allah nilaiannya seberat sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak layak dapat minum walau seteguk air"
HR Imam Tarmizi

Allah tak lihat apa yang Allah beri (apa yang kita dapat, dikurniakan) tatapi Allah lihat bagaimana kita uruskannya

= Allah bagi tanpa mengharapkan balasan

Fitrah kita, manusia suka balasan. Orang memberi kita berbahasa

"Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya"

Nikmat = 1 nikmat
Niam = banyak nikmat
Nikmatallah = 1 nikmat Allah

Maksudnya 1 nikmat Allah sahaja kita sudah tidak mampu menghitungnya

Contohnya "melihat". Nikmat "melihat" @ "mata" banyak disokong oleh nikmat2 lain yang banyak yang kita tidak mampu hitungnya

Nikmat "hidup" banyak lagi nikmat lain yang menyokongnya"; udara, kekuatan

Nikmat "ibadah" ada lagi nikmat2 lain disebaliknya seperti nikmat "kehendak", nikmat "kekuatan", nikmat "tiada halangan yang Allah telah angkat yang membolehkan kita buat ibadah"


1 orang yang lumpuh di tanya, apa yang dia nak buat jika dia sihat:

Dia nak nikmat sujud sebagaimana orang lain sujud

Dia nak nikmat pegang dan baca Al Quran sebagaimana orang sihat baca

Dia nak nikmat peluk ibu sebagaimana orang sihat dapat peluk & ucap terima kasih pada ibunya yang menjaganya sedari kecil


Antara nikmat besar yang wajib disyukuri adalah nikmat sihat & dapat beramal ibadah

"Ya Allah jangan Kau pesongkan hati kami setelah Engkau kurniakan nikmat pada kami......"

Pemberian tanpa dipinta itu sangat bernilai. Sama2 kita hargai dengan bersyukur

2 makna syukur
Syukur = 1. Iktiraf segala nikmat Allah. Dapat gaji nampak majikan bagi tetapi hakikatnya dari Allah
2. Dibalas dengan ketaatan kepada Allah

"Sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur"

Kenanglah segala nikmat Allah

18. Ar Razak

Apa yang selalu merungsingkan, menjadi kebimbangan pada kita?

Kita keluar awal pagi setiap hari, balik akhir petang untuk apa?

Allah namakan dirinya Ar Razak =
Maha Pemberi Rezeki agar manusia tenang dengan kehidupan

"Kamilah yang berikan rezeki kepada manusia"

Allah yang bagi rezeki pada kita semua. Kita akan dibalas atas apa yang kita usaha, bukan atas apa yang kita dapat.

Tenanglah atas apa yang kita dapat

Usaha & tawakkal adalah beriringan
Semasa berusaha kita bertawakkal

Tawakkal = bergantung pada Allah atas usaha kita

Hak Allah untuk memberi. Hak kita untuk berusaha & bertawakkal

Kisah Saidatina Maryam AS banyak pengajaran

Mengandung tanpa suami

Kepenatan, letih & bersandar pada pokok kurma, Allah SWT perintahkan "Goncanglah pangkal pokok kurma, akan bergugurlah buah2 tamar yang masak"

Pengajaran = walau seletih manapun kita, walau sepenat mana pun kita, USAHA, IKHTIAR

Dunia tempat ujian. Allah uji kita dengan pelbagai ujian. Kehidupan sebenar kita di akhirat

Kita di sini 60-70 tahun. Sekarang kita dah umur berapa? Berapa lama lagi baki hidup kita?

Umpama tali ukur yang dipotong. Yang dipotong itu adalah umur yang telah lalu, yang tinggal itulah baki hidup kita

"Kamu bersungguh2 dalam perkara yang Allah dah jamin (rezeki, harta sedangkan Allah dah tetapkan), sedangkan kamu cuai tentang apa yang Allah perintahkan"

Bersungguh2 dalam setiap perkara

Kata2 hikmat
"Buatlah untuk duniamu ikut kadar, lama mana kamu akan hidup diatasnya. Usaha, persiapkan untuk akhiratmu selama mana kamu akan kekal didalamnya"

Dunia = tempat kita singgah
Syurga = tempat tinggal, asal kita insyaAllah

Mudah2an ada manfaatnya untuk diri kita



QA
Apa hikmah 2 situasi berbeza; 1. Maryam dapat buah2an tanpa dipinta, 2. Diminta goncangkan pangkal pokok walaupun penat, letih

Maknanya ada 2 situasi kehidupan; Allah boleh bagi apa yang kita usaha & Allah boleh bagi apa yang kita tidak usaha & tidak duga.

Ar Razak Allah SWT

Apa sahaja yang Allah kurniakan, moga kita makin dekat pada Allah

Moga perbincangan kita ini ada manfaatnnya

7.17 ditangguhkan dengan tasbih kafarah & surah Al Asr



No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat