Saturday 6 August 2016

Sahabat Sejati

Kuliah Subuh
Surau An Najah Taman Universiti
Tarikh: 6 Ogos 2016 Sabtu
Penceramah: Ustaz Yuseri Ahmad
Tajuk: 40 Hadis Penawar Hati

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala kita dapat bertemu pagi ini untuk mendengar sedikit tazkirah berdasarkan kitab "40 Hadis Penawar Bagi Hati" di susun oleh Syeikh Fatmi Zamzam

Koleksi hadis untuk pujuk hati kita agar sentiasa ada pada landasan yang betul untuk menuju Allah Taala

Hati mudah tergelincir, sangat sukar untuk di jaga kerana disekeliling kita banyak musuh

Hadis 2 "siapa teman setia?"

Daripada Anas bin Malik RA "Ada 3 macam / perkara yang akan menghantar jenazah ketika dihantar keperkuburan; keluarga, harta, & amalan. 2 akan kembali, 1 akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga & harta akan kembali, sedangkan amalan akan tetap bersama dengannya"

HR Bukhari dan Muslim

Hadis tentang mengingati kematian.

"Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kepada segala kelazatan iaitu mati"

Dunia, kehidupan, kereta, makanan adalah kelazatan. Pemutus kelazatan adalah mati

Ramai orang buat perancangan untuk kehidupan dunia yang belum pasti ditempuhinya, tetapi tidak ramai yang buat perancangan untuk mati, sedangkan kematian itu pasti.

Amalan macam mana yang kita nak bawa?

Sedar atau tidak kita sentiasa berbuat amalan sama ada ianya baik, jahat/toleh ataupun sia2/lagha

Sia2/lagha=tiada manfaat dunia mahupun manfaat akhirat contohnya bersembang sesuatu yang tidak bermanfaat

Allah bagi kita banyak masa, cuma banyak masa kita dihabiskan kepada benda yang lagha

Jika banyak amal soleh maka untunglah dia

Jika banyak amal lagha/sia2, toleh/jahat rugilah dia

Amal soleh=melakukan ketaatan, perkara wajib, fardu, perkara sunat

Amalan kekal bersama dengannya sehingga dia dibangkitkan kembali bertemu Allah Taala

Berapa lama di kubur? Wallahua'lam
Dari meninggal dunia hingga dibangkitkan kembali

Beruntung para pengamal soleh, hidup tidak lama di dunia, tetapi banyak amalannya di dunia; ilmu2nya dimanfaatkan, kitab2nya diguna dan dibaca ramai orang

Tidak mengapa umur tidak panjang, tetapi kehidupan yang luas=dapat buat banyak benda baik, ilmu ditinggalkan dimanfaatkan oleh ramai orang

Hadis ini buatkan kita agar sentiasa BERFIKIR BENDA BAIK

FIKIR BENDA BAIK=CAKAP BENDA BAIK=LAKUKAN PERKARA BAIK

Hadis 3 "seringan2 azab neraka"

Daripada Nukman bin Bashir RA "Sesungguhnya seringan-ringan penghuni neraka pada hari kiamat nanti ialah seseorang yang akan diletakkan 2 ketul bara api neraka dibawah tapak kakinya sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. Dia tidak mengira orang lain yang lebih teruk daripadanya (dia menyangka dialah yang menerima azab paling teruk) sedangkan itulah yang paling ringan"

HR Bukhari dan Muslim

Hadis taghrib=beri inspirasi, galakan, syurga, nikmat, pendorong

Hadis taghib=menakutkan, azab, menggerunkan, nerana

Jika otak menggelegak, maknanya anggota badan lain juga akan dapat azab yang lebih lagi

Neraka ini tidak tertanggung oleh kita. Minta dijauhkan daripada api neraka

Sentiasa beringat ketika melakukan amalan agar jangan buat amalan yang lagha apatah lagi amalan toleh

Kerja2 untuk ajak orang pada Islam sangat banyak fadhilatnya. Sama2 kita bagi sumbangan sama ada harta, masa, idea dll. Inilah kerja para dakwah, kerja Nabi dan sahabat2

Banyak kelebihan orang yang menyampaikan ajaran2 Islam

Sentiasa ingat mati. Ingat mati sepatutnya kita jadi lebih proaktif.

Kita ingat mati sebab bila mati kita dah tak boleh buat amalan. Masa hidup inilah kita perbanyakkan amalan

Ingat mati sepatutnya buatkan kita lebih tekun dan teliti dengan amalan kehidupan ini kerana semuanya akan dihisap

Semoga kita sentiasa lakukan amal soleh dengan bersungguh2 insyaAllah

Moga Allah berkati pertemuan kita pagi ini

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat