Thursday 11 August 2016

Nota Kuliah Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 26) 11 Ogos 2016

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 26)
11 Ogos 2016 9.29pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

###################
Ustaz Aiman Shafie
9.29pm

MUFRADAD AL QURAN

Sambungan

Al Baqarah 2: 16

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

 Beri perhatian pada huruf

فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ

تُهُمْ = "hum" bukan "hom"
Arab tiada huruf / sebutan "o"

اِتْمَامُ الحَرَكَات = menyempurnakan harakat / sebutan baris


أُولَٰئِكَ = orang2 itu

الَّذِينَ = orang2 yang

122. اشْتَرَوُا = telah membeli mereka

123. الضَّلَالَةَ = kesesatan

ب = dengan

ِالْهُدَىٰ = petunjuk

ف = maka

َمَا = tidak

124. رَبِحَتْ = telah beruntung

125. تِجَارَتُ = perniagaan

هُمْ = mereka

و = dan

َمَا = tidak

 كَانُوا = telah adalah mereka

126. مُهْتَدِينَ = orang2 yang mendapat petunjuk


UJIKAJI / TEST

Cuba terjemahkan ayat di bawah berdasarkan apa yang telah kita belajar tanpa melihat teks terjemahannya

Al Imran 3: 82

فَمَنْ تَوَلَّىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

فَمَن = maka siapa

ْ تَوَلَّىٰ = berpaling

بَعْدَ = selepas

ذَٰلِكَ = itu

فَأُولَٰئِكَ = maka orang2 itu

هُم = merekalah

ُ الْفَاسِقُونَ = orang2 yang fasik


Tiada istilah terlewat dalam belajar Al Quran. Manfaatkan masa sekarang sebaik mungkin untuk faham Bahasa Arab Al Quran

Apabila kita semakin rapat dan sebati dengan Al Quran, kefahaman akan datang ketika kita membacanya = berfikir dalam Bahasa Arab Al Quran

LATIHAN MINGGU 26

1. Ini daging yang sedap
Daging ini sedap

هذا لحمٌ لذيذ
هذا اللَّحمّ لذيذٌ

2. Ini tilam baru
Tilam ini baru

هذا فراشٌ جديدٌ
هذا الفراشُ جديدٌ

3. Ini jalan yang lurus
Jalan ini lurus

هذا صراطٌ المستقيم
هذا الصراطُ المستقيم

TADABBUR

 لِلْمُتَّقِينَ = bagi orang2 yang bertakwa
/ gelaran / title

Hidayah, petunjuk = Ini kitab
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ

Tiada istilah "belum dapat / belum terima hidayah"

Hidayah Allah dah bagi pada kita semua iaitu Al Quran, bezanya adakah kita terima atau tidak?

Al Ankabut 29: 45

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَر
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;

Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar, kenapa ada orang yang solat masih buat perbuatan keji dan mungkar?

Baca ayat sebelumnya / selengkapnya

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) = belajar Al Quran dan solat


Surah Muhammad 47: 17

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.

orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar) = belajar Al Quran

Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk


Al Furqan 25: 30

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

مَهْجُورًا = tidak dipakai

هجرة = tinggalkan dalam masa yang lama

Ayat di atas Rasul tidak kata umatnya tidak solat, tidak puasa atau tidak keluarkan zakat tetapi menjadikan Al Quran tidak dipakai

Semuanya balik kepada Al Quran

10.16 ditangguhkan dengan tasbih kafarah


###################
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.17 pm

Pelajar baru boleh ambil borang mufradad dengan saudari Hafizah

Pelajar baru fokus pada mufradad baru. Mufradad lama boleh ambil 5 setiap hari

Kita nak sampai satu tahap hingga dapat berfikir dalam Bahasa Arab

2 perkara penting dalam belajar; kefahaman & petunjuk

Apa itu belajar?

Al Nahl 16: 78

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur.

Belajar = proses menerima ilmu melalui pancaindera = السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ

Hati = وَالْأَفْئِدَةَ = pusat kefahaman

Pusat kefahaman / kecerdikan adalah hati. Dalilnya? (sambung minggu depan)

Yang boleh jaga hati adalah Al Quran

Al Isra' 17: 82

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

10.32 ditangguhkan







No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat