Thursday 25 May 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 65) 18 Mei 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 65)
18 Mei 2017 9.45pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

**********************
Ustaz Aiman Shafie
9.45pm

Sambungan
Al Baqarah 2: 35

 وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Beri perhatian pada 2 perkataan

وَلَا تَقْرَبَا

Huruf ت bersebelahan dengan ق
ت = sebutan nipis
ق = sebutan tebal

مِنَ الظَّالِمِينَ
ن = sebutan nipis
ظ = sebutan tebal

Sebutan nipis kekalkan nipis, sebutan tebal kekalkan bacaan tebal


*MUFRADAT AL QURAN*
Buku Harfiyah ms 54
 وَ = dan

1. لاَ تَقْرَبَا = jangan engkau berdua hampir

2. هَٰذِهِ = ini

3. الشَّجَرَةَ = pokok

4. فَ = ( السَّبَبِيَّة ) =
(maka) disebabkan itu

5. تَكُونَا = engkau berdua akan jadi

مِنَ = dari

6. الظَّالِمِينَ = orang-orang yang aniaya / zalim

Ulang 60 kali mufradat baru, 10 kali mufradat lama & praktikkan dalam bacaan Al Quran

***********
الماظي  &    المضارع

الماظي = telah lepas = past tense
المضارع = sekarang & akan datang =
present tense

*Kata tambahan di akhir* = الماظي
*Kata tambahan di awal* = المضارع

Contoh:

 رزقنا = rezekikan kepada mereka
رزق = kata dasar
نا = kata tambahan
*Kata tambahan di akhir* = الماظي

كفروا = ingkar mereka
كفر = kata dasar
وا = kata tambahan
Kata tambahan di akhir = الماظي

نوءمن = beriman
نو = kata tambahan
ءمن = kata dasar
*Kata tambahan di awal* = المضارع


***********
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.20pm

Buku YATB Bab 3 ms 12

Motivasi = motivation = motevere = to move = motive to action


Sedap / nikmat datang dari Allah, dalil
An Nahl 16:52
وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.


Sedap bukan ada pada makanan, bukan ada pada tempat tapi ada pada Allah

Betulkan niat, kerana Allah

Hawa =

Nafsun = kalbun
Dalil
89:27
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Manusia terdiri daripada 2; jasad & roh dalil

Jasad = body
Roh = kalbun = mindset

Strong = motivation = emotion

Motivation = alhidayah = mindset betul = niat yang betul kerana Allah

Az Zumar 39: 45
Apabila Allah diperingatkan, bosanlah hati orang yang tidak beriman

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.


Baiki balik qalbun kita agar masuk perkataan yang betul = Al Quran = baca, hafal, faham & aplikasi

10.37pm ditangguhkan


 





No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat