Saturday 27 May 2017

Kuliah Subuh 27 Mei 2017 Sabtu Ustaz Khairul Anuar

Kuliah Subuh
27 Mei 2017 Sabtu
Ustaz Khairul Anuar
Surau An Najah TUJP

Alhamdulillah kita diberikan kesempatan untuk berada di bulan Ramadan. Dalam 10-11 jam Ramadan ini apakah pengisian yang telah kita lakukan?

"Bila tiba bulan Ramadan, pintu syurga di buka, pintu neraka di tutup & syaitan2 dirantai"

Kita tak tahu Ramadan ini sampai bila. Sama2 kita manfaatkan


Nama Allah yang ke 36
As syakur = syukur

Syukur kepada Allah = iktiraf nikmat Allah & manfaatkannya untuk ibadah / ketaatan

"Sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur"

Syukur kita kepada Allah adalah WAJIB

Wajib puji Allah. Allah selayaknya dipuji walaupun tanpa apa2 sebab

Allah balas kebaikan / ketaatan makluk dengan pahala yang berlipat kali ganda

10 --> 700 hingga tiada had gandaan pahala

Ujian Allah pada setiap orang berbeza2

Ramadan lebih2 lagi berlipat kali ganda pahala

Dosa dibalas setimpal dengan apa yang dilakukan

Dosa kecil boleh dipadamkan dengan ibadah yang kita lakukan

Dosa besar perlu bertaubat kepada Allah

Apa beza dosa kecil & dosa besar?

Dosa besar =
1. kesalahan yang dikaitkan dengan LAKNAT & KEMURKAAN ALLAH sama ada melalui Al Quran / hadis
2. dikaitkan dengan azab neraka,
3. dikaitkan dengan hukuman jenayah / hudud

Anggap dosa kecil seperti gunung yang akan menghempap kita

Taubat kepada Allah kena berkali2

As Syakur = Allah balas kebaikan hambaNya dengan berlipat kali ganda

10 --> 700 hingga lebih gandaan pahala

Sepatutnya ramai orang yang masuk syurga namun ada kebaikan yang kita lakukan tapi tidak sempurna / tidak diterima oleh Allah

Selesai & sempurnakan ibadah kita

Syarat amalan diterima:
1. Ikhlas = buat kerana Allah
2. Menepati kehendak syariat

Puasa itu bukan sekadar puasa makan & minum tetapi seluruh anggota badan berpuasa

"Ramai orang yang berpuasa, namun hanya dapat lapar dan dahaga sahaja"

Antara amalan Allah terima --> boleh lihat kesan pada seseorang. Kita boleh nilai diri kita sendiri

Fatir 30
(لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ)
[Surat Fatir 30]

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ibrahim 14: 7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

-Sura Ibrahim, Ayah 7


Tambah nikmat = kuantiti & kualiti (berkat) & semakin hampir dengan Allah


37 Al Aliy = Yang Maha Tinggi = Makam / kedudukan Allah / Pangkat yang besar

sujud = .........a'la = Yang Maha Tinggi = kita merendahkan diri kita untuk rasakan kehebatan Allah

rukuk = .........azim = Yang Maha Agung

 Al Aliy
= tiada yang dapat mengatasi Allah. Allah yang Maha Sempurna

Paling dekat hamba dengan Allah adalah pada ketika sujud. Perbanyakkan berdoa dalam sujud

Banyakkan berdoa semoga Allah kurniakan kita keberkatan dalam bulan puasa ini

Peperangan dalam bulan Ramadan dimenangi oleh Islam

Moga kita hebat di awal & hebat di akhir Ramadan

Lailatul qadar

Ramadan; saringan. Peringkat awal ramai, separuh akhir & final

Moga ada manfaatnya kepada diri kita. Jadikan Ramadan ini terbaik untuk kita semua

Moga kita semua dianugerahkan keampunan oleh Allah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat