Sunday 28 May 2017

Kuliah Subuh 28 Mei 2017 2 Ramadan 1438 Ahad Ustaz Dr Mazlan

Kuliah Subuh
28 Mei 2017 2 Ramadan 1438 Ahad
Ustaz Dr Mazlan
Surau An Najah TUJP

Alhamdulillah kita dapat solat subuh secara berjamaah, lebih2 lagi bagi yang dapat qiamullai & sahur. Itu merupakan nikmat yang dikurniakan Allah yang mesti kita syukuri. Doa agar nikmat itu kekal hingga kita bertemu Allah SWT

Surah Al Muzzammil 73

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ
Wahai orang yang berselimut!.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 1

قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 2


نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 3


أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 4

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 5


Kita semua kena bangun waktu malam walaupun sedikit untuk melakukan ibadah kepada Allah


قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

"Pada setiap Nabi ada doa yang dimakbulkan oleh Allah. Nabi2 dahulu telah gunakan doa itu tetapi aku tangguhkan doa itu untuk syafaat umatku"

Tahajjud khususiah kepada Nabi SAW. Kita sebagai umat Nabi SAW juga perlu ikut jejak

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Ibadah utama, perkara lain adalah sampingan

Syurga & kehidupan akhirat kekal selama-lamanya


إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 6


إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 7


وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 8


رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 9


Allah tidak berhajat kepada kita. Kita yang berhajat kepada Allah

Kita diberi pilihan oleh Allah SWT

Kita tidak tahu takdir Allah, jadi buatlah TAAT & IBADAH, moga2 kita diberikan syafaat Nabi SAW & dikurniakan syurga Allah SWT


وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 10

Sabar dengan setiap ujian.


وَذَرْنِي وَالْمُكَذِّبِينَ أُولِي النَّعْمَةِ وَمَهِّلْهُمْ قَلِيلًا
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 11

Dirikan agama & uruskan dunia ini dengan agama

Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku kerana Allah SWT

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat