Friday 10 January 2014

Riba: Kesan Dalam Kehidupan Dan Penyelesaiannya

Assalamualaikum, kehidupan kita seharian tidak lepas daripada hutang, sama ada hutang dengan bank, hutang dengan keluarga mahu pun hutang dengan rakan. Tidak salah berhutang, janji kita ada perjanjian hitam-putih bila nak bayar, berapa lama pinjam dan sebagainya, dan isu yang selalu berkaitan dengan pinjaman adalah riba' atau interest atau bunga.

Kadang-kadang kita tak ambil kisah sangat tentang riba' ataupun interest ini, tetapi sebenarnya riba' memberikan kesan yang amat besar dalam kehidupan kita. Bayangkan jika kita mengambil pinjaman bank secara riba' selama 30 tahun, maka selama 30 tahun kita terlibat dengan riba. Jika kita meninggal dalam tempoh tersebut tanpa sempat bertaubat, nauzubillah himin zalik agaknya apa jawapan kita kepadaNya di sana.

Bagi yang pernah terlibat dengan riba', sama-sama kita muhasabah diri. Kita sama-sama fikir ke mana destinasi kita selepas ini dan apakan nasib kita di sana. Hutang, harta, dunia boleh dicari, tetapi jika tersilap membawa bekal ke akhirat, kita tidak boleh lagi berpatah balik. 


Penyelesaiannya sama-sama kita bertukar daripada perkhidmatan perbankkan yang melibatkan riba' kepada perkhidmatan yang berbentuk islamik.

Pembiayaan rumah, kereta, akaun simpanan, kad debit dan kad kredit sama-sama kita tukarkan kepada Islamik. Kita usahakan juga agar ibubapa, adik beradik, sahabat handai, jiran dan masyarakat memahami bahaya riba' dan sama-sama kita berpindah daripada riba' jahiliyah kepada pembiayaan Islam yang lebih baik. Hati senang, kehidupan lebih tenang dan insyaAllah semoga di sana juga hisab kita lebih mudah.

Pengakhiran, kami kongsikan 7 potong ayat Al Quran daripada Surah Al Baqarah ayat 275 hingga ayat 282 yang menggambarkan tentang betapa bahayanya riba' dan cara penyelesaiannya.


"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak  menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa."


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala disisi Tuhannya.Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman."

"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."

"Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."

"Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)."
(Al Baqarah ayat 275-282)


Kemaskini pada 21.4.2014

"Beza riba dan jual beli adalah pada sistem dan akaq nya, sama juga beza antara anak sah taraf dengan tidak adalah pada sistem dan aqadnya". Penyelesaiannya, jom tinggalkan sisa-sisa riba dan kembali kepada sistem kewangan Islam. Walaupun mungkin tempiasnya masih kita kena, tapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mengelak dan menghindarinya. Selepas berusaha, selebihnya kita tawakkal kepada Allah.

Jom sama-sama kita bertukar daripada pembiayaan rumah, kad kredit, kad debit, pembiayaan kereta, pinjaman peribadi, akaun simpanan, akaun semasa yang konventinal kepada pembiayaan Islamik. Moga harta dan kehidupan kita lebih berkat, insyaAllah

Wallahhua’lam
Lukeman Yusoff 0132299319
Siti Norliza Ibrahim 0196515717
Bandar Baru Bangi Selangor
10.1.2014
Shaklee Independent Distributor ID: 1089476
Blog: www. jombahagia.blogspot.com
Email:
jombahagia@gmail.com

(1) Jom Bahagia (4) Kuliah Subuh dan Magrib 15-16 Feb 2014 dan Motivasi Pagi
(2) Jom Bahagia (3) Memandang Wajah Ibu
(3) Jom Bahagia (2) Bahaya dan Kesan Riba' Dalam Kehidupan
(4) Jom Bahagia (1) Berbagi Kasih Sayang Dari Gaji Pertama